LaunchPad Toys, pembangun aplikasi kandungan pendidikan telah dibeli oleh Google pada Februari 2015 yang lalu dan hasil dari pembelian berkenaan telah membawakan kepada kita aplikasi Toontastic 3D.

Aplikasi berkenaan diterangkan oleh Google sebagai “teater boneka digital” dan ianya mudah digunakan. Ia amat sesuai untuk kanak-kanak yang ingin menggemblengkan daya imaginasi dan kreativiti mereka melalui penceritaan animasi yang disediakan oleh aplikasi ini.

Pengguna boleh menggunakan pelbagai watak dan latar yang telah disediakan, serta boleh menggerakkannya seperti animasi, menambah lagu, merakam suara umtuk dialog dan menghasilkan video 3D untuk dimainkan semula di dalam peranti kemudiannya.

Bukan itu sahaja, tools-tools juga disediakan untuk pengguna-pengguna yang ingin menghasilkan sendiri watak-watak atau latar yang diilhamkan.

Aplikasi ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada usaha Google Education untuk memanfaatkan penggunaan teknologi untuk pendidikan kanak-kanak sebagaimana melalui penerbitan aplikasi pendidikan yang terdahulu iaitu Cardboard dan Expeditions.

Toontastic 3D kini boleh didapati secara percuma melalui Google Play Store dan AppStore.

Sumber berita diperoleh dari Google

Tinggalkan komentar