Utama Mobile Bagaimana Google Maps bantu Saya Jimatkan kos Perjalanan

Bagaimana Google Maps bantu Saya Jimatkan kos Perjalanan

1945
2

Menggunakan Google Maps sudah menjadi satu kelaziman buat saya apabila merancang perjalanan terutamanya apabila perlu ke kawasan-kawasan yang jarang saya pergi. Oleh itu, bagi golongan berpendapatan rendah seperti saya, mengawal perbelanjaan perjalanan melalui perjalanan yang dirancang rapi merupakan satu keperluan.

Lagipun, dengan desas-desus tentang kadar tol bakal naik lagi selepas ini tentu sahaja membuatkan saya perlu lebih berhati-hati dalam menguruskan perjalanan.

Antaramuka peta Google Maps amat mudah difahami serta lengkap dengan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh saya dalam perjalanan. Ia amat mudah digunakan tanpa perlu pengetahuan matapelajaran geografi yang mendalam.

Maklumat-maklumat yang disertakan turut mengandungi info berkenaan keadaan trafik secara masa nyata, di mana ia dapat memberikan petunjuk kepada pengguna untuk mengubah haluan perjalanan ke laluan yang lebih lancar aliran trafiknya.

Keadaan trafik yang sesak bukan sahaja menjadikan masa perjalanan lebih panjang, malah ia turut memberi kesan negatif terhadap perbelanjaan kita. Jumlah penggunaan bahan api kenderaan tersangkut di dalam kesesakan trafik adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan jumlah penggunaan bahan api dalam perjalanan biasa tanpa sebarang gangguan kesesakan trafik.

Bijak merancang, bijak kewangan

Lagipula, dengan kenaikan harga bahan api, petrol dan diesel baru-baru ini menjadikan saya amat teliti dalam mengawal belanja minyak petrol kereta saya.

Selain kenaikan harga petrol, kadar kutipan tol serta bilangan jalan yang mengenakan tol juga merupakan satu masalah yang perlu dihadapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Dengan kadar pendapatan purata rakyat Malaysia yang tidak seberapa ini, saya rasakan penggunaan aplikasi peta seperti Google Maps sudah menjadi satu keperluan.

Sekurang-kurangnya, melalui tinjauan dari Google Maps, saya dapat mengagak laluan alternatif lain yang tidak perlu untuk membayar tol. Itupun tengok kawasan juga dan kalau sekali-sekala nak pergi berjalan satu dua tempat tu kira OK la. Tapi kalau nak pergi ulang alik kerja, memang tak sesuai la kan. Misalnya, dari Kuala Lumpur nak ke Putrajaya ikut jalan takda tol, entah pukul berapa nak sampai ofis.

Apa pun, penggunaan teknologi sedikit sebanyak dapat meringankan beban kita termasuklah beban dari segi kewangan. Merancang perjalanan menggunakan aplikasi pemetaan merupakan satu langkah mengawal perbelanjaan kita.

Aplikasi pemetaan ini tidak terhad kepada Google Maps sahaja. Malah, aplikasi peta yang lebih baik seperti Nokia Here pun sangat membantu dengan kejituan petanya. Atau, aplikasi pemetaan yang menggabungkan ciri media sosial seperti Waze pun amat bermanfaat terutamanya dari segi info terkini lalu lintas yang merangkumi maklumat seperti roadblock JPJ mahupun kamera speed trap.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak seberapa ini, rakyat perlulah bijak merancang kewangan serta perjalanan kita dan tidak perlulah kita mengikut tabiat sesetengah pak menteri kita tu yang bukan sahaja malas merancang kewangan negara, hala tuju negara pun masih tak tahu ke mana hala nak perginya.

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.