Utama Teknologi Mulakan gaya ikonik anda dengan Samsung Galaxy Z Flip 3 5G

Mulakan gaya ikonik anda dengan Samsung Galaxy Z Flip 3 5G

390
0

Gaya keyakinan itu lebih dari sekadar cara pertuturan atau pembawakan diri anda di khalayak ramai. Kadangkala, keyakinan itu dapat diserlahkan melalui gaya pemakaian anda sendiri.

Untuk gaya yang lebih berketrampilan dan berkeyakinan, Samsung Galaxy Z Flip 3 5G mampu menterjemahkannya dengan baik.

Direka untuk mendapatkan sudut terbaik anda, Galaxy Z Flip 3 5G hadir ciri intuitif seperti Hands-Free Selfies, yang boleh dibuat melalui Flex Mode. Ia seterusnya memudahkan anda melakukan lagak gaya dengan lebih bebas untuk sesi fotografi anda.

Anda juga mempunyai pilihan untuk swafoto segera melalui Quick Shot jika anda ingin merakam momen penting dalam tempoh sesegera mungkin.

Personaliti yang kuat ibarat sebuah magnet untuk menarik perhatian yang anda inginkan. Di kesempatan ini, Galaxy Z Flip 3 5G memahami kepentingan menyerlahkan personaliti dengan penawaran pilihan warna. Dari warna Krim hinggalah ke Hijau, Galaxy Z Flip 3 5G menawarkan empat palet warna menonjolkan ciri estetika harian anda.

Malah, falsafah rekaan Samsung untuk telefon ini telah menatijahkan sebuah peranti yang nipis dan padat. Seterusnya mengurangkan kesan menggelembung apabila dimasukkan ke dalam kocek seluar anda.

Cover Screen Samsung Galaxy Z Flip 3 5G

Cover Screen pada Galaxy Z Flip 3 5G juga menyediakan extensi penyerlahan diri anda dengan lebih mudah. Melalui cover screen 1.9-inci baharu, ia bukan sekadar membuatkan anda mampu menerima notifikasi dengan lebih baik. Ia juga boleh digunakan untuk menyerlahkan gaya peribadi anda melalui widget dan sokongan Always-On Display (AOD).

Anda juga boleh mengubahsuai Cover Screen ini dengan sebarang imej atau GIF dari Gallery bagi menyesuaikan dengan muka jam dengan gaya dan warna yang bersesuaian untuk anda.

Untuk waktu terhad sehingga 21 September 2021, anda akan menerima e-baucar bernilai RM 600 di kedai dalam talian Samsung Malaysia bagi anda yang membuat pra-tempahan Samsung Galaxy Z Flip 3 5G. Anda juga akan menerima perlindungan tambahan Samsung Care+ bernilai RM 699 secara percuma setahun. Pra-tempahan Galaxy Z Flip 3 5G boleh dibuat menerusi Samsung Malaysia.

Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.