Utama Aksesori Jam Tangan Pintar Garmin Malaysia buka cawangan baharu di Sunway Carnival P. Pinang & The...

Garmin Malaysia buka cawangan baharu di Sunway Carnival P. Pinang & The Spring Kuching

228
0

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2023 —  Penggemar sukan dan aktiviti luar kini boleh mendapatkan jam tangan pintar Garmin terbaharu di dua kedai baharu di seluruh Malaysia di Sunway Carnival di Pulau Pinang dan The Spring di Kuching.

Pembukaan kedai rasmi Garmin baharu  menandakan pertumbuhan jenama itu untuk memenuhi permintaan penjejakan prestasi pelanggan di Utara Semenanjung Malaysia dan juga di Sarawak. Ia merupakan tambahan kepada kedai sedia ada di Juru Autocity dan Queensbay Mall di Pulau Pinang, serta Vivacity Megamall, Kuching.

Garmin teruja untuk melebarkan sayap kami di seluruh Malaysia untuk memenuhi kehendak peminat sukan yang semakin meningkat. Kami kekal komited untuk menyemarakkan minat pelanggan kami merentasi setiap minat sukan dengan meningkatkan prestasi mereka dan keseluruhan pengalaman pengguna bagi peranti boleh pakai pintar kami melalui penjejakan aktiviti yang tepat, kualiti sempurna dan kebolehpercayaan yang unggul,” kongsi En. Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia.

Konsep kedai berwarna hitam anggun dan ditandakan dengan reka bentuk moden untuk mencerminkan komitmen Garmin terhadap teknologi inovatif. Pelanggan juga akan dapat menemui dan membeli-belah pelbagai  koleksi Garmin  pada harga terbaik untuk meningkatkan prestasi aktiviti mereka untuk setiap jenis sukan dan gaya hidup.

Premis jualan Garmin  di Sunway Carnival, Pulau Pinang dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan terletak di Lot 1F-K13, Tingkat Satu, Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya. Sementara itu, cawangan Garmin The Spring Kuching juga akan dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan terletak di KF3, Tingkat Satu.

Untuk maklumat lanjut tentang  lokasi Garmin  di seluruh Malaysia, layari https://www. garmin .com.my/buy/ brand-store/. 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.