Utama Gaya Hidup Garmin Run Asia Series 2023 kembali ke Malaysia Oktober ini

Garmin Run Asia Series 2023 kembali ke Malaysia Oktober ini

148
0
Garmin Run Asia 2023 KV_Malaysia

Garmin Malaysia telah mengumumkan Garmin Run Asia Series 2023 akan diadakan pada Oktober ini. Bertemakan ‘Zero to Hero’, larian ini menyasarkan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Acara yang memasuki tahun kedua ini akan diadakan pada 22 Oktober 2023 di Dataran Putrajaya dengan tiga kategori perlumbaan iaitu:

  • 5KM Terbuka
  • 10KM
  • 21KM

“Kami berasa amat teruja untuk memulakan sebuah lagi acara Garmin Run Asia Series di Malaysia kerana kami yakin terdapat minat terhadap sukan yang berkembang di kalangan rakyat Malaysia. Ia menjadi hasrat kami untuk menggalakkan lebih ramai individu menjaga kesihatan dan memberikan prestasi yang lebih bagus dalam setiap larian, justeru kami berharap agar dapat melihat lebih ramai peserta larian meningkatkan potensi diri tanpa mengira peringkat penglibatan larian masing-masing,” ujar Encik Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar Garmin Asia.

Garmin Run Asia Series 2023 mula membuka pendaftarannya sejak dari 12 Jun lalu dengan permohonan boleh dibuat mengikut kategori umur dan jarak. Yuran pertandingan juga ditetapkan seperti berikut:

  • Kategori 5KM, 5 tahun dan ke atas – RM70
  • Kategori 10KM, 13 tahun dan ke atas – RM80
  • Kategori 21KM, 18 tahun dan ke atas – RM100

Peserta berusia 17 tahun dan ke bawah diwajibkan untuk ditemani oleh penjaga berusia 18 tahun ke atas.

Maklumat lanjut mengenai Garmin Run Asia Series 2023, layari laman web rasmi Garmin Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.