Utama Garmin Garmin Malaysia Perkenalkan Siri Instinct 3: Jam Tangan Pintar Lasak Kini dengan...

Garmin Malaysia Perkenalkan Siri Instinct 3: Jam Tangan Pintar Lasak Kini dengan Paparan AMOLED

Direka untuk gaya hidup aktif, siri terbaru ini menampilkan paparan AMOLED terang atau bertenaga solar, bezel bertetulang logam, dan lampu suluh LED terbina dalam pada semua model.

318
0

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2025 – Garmin Malaysia hari ini melancarkan Siri Instinct 3, barisan terbaru jam tangan pintar lasak yang kini ditawarkan dengan paparan AMOLED atau bertenaga solar untuk hayat bateri maksimum. Direka khusus untuk pengembara, Siri Instinct 3 menampilkan bezel bertetulang logam untuk ketahanan melampau dan lampu suluh terbina dalam pada setiap model. Dengan hayat bateri luar biasa, pengguna boleh menjelajah lebih jauh; model AMOLED bertahan sehingga 24 hari dalam mod jam tangan pintar, manakala model solar mampu memberikan hayat bateri tanpa had.

“Dengan warna edisi terhad yang bergaya dan reka bentuk tahan lasak, Instinct 3 adalah jam tangan pintar yang boleh dipakai di mana sahaja, bila-bila masa,” kata Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar Garmin Asia. “Dilengkapi ciri pintar, aplikasi sukan popular terbina dalam, dan pemantauan kesihatan 24/7, siri terbaru ini direka untuk membantu anda mengikuti minat anda—apa sahaja itu.”

Lasak lagi Bergaya

Siri Instinct 3 direka dengan bezel bertetulang logam, kerangka polimer bertetulang gentian, dan paparan tahan calar untuk ketahanan maksimum. Barisan baharu ini juga memenuhi standard MIL-STD 810 untuk ketahanan terhadap suhu dan kejutan serta kalis air sehingga 100 meter.

Lampu suluh terbina dalam kini tersedia pada semua model Instinct 3 dengan intensiti boleh laras, cahaya merah, dan mod strobo, memberikan kesedaran lebih baik dalam persekitaran gelap, seperti di gua, memeriksa peralatan, atau berkongsi cerita seram di sekitar unggun api.

Model AMOLED dan solar ditawarkan dalam dua saiz (45mm dan 50mm) dan pelbagai pilihan warna, termasuk Black dan Black/Charcoal, serta warna-warna ceria seperti Neotropic dan Neotropic/Twilight daripada koleksi edisi terhad Tropical Pulse Collection.

Apa yang Baharu pada Siri Instinct 3

  • Kecekapan solar yang meningkat: Lensa solar yang lebih besar dan cekap memanfaatkan tenaga matahari dengan lebih baik. Berbanding model Instinct 2 Solar, model Instinct 3 Solar 50mm memberikan hayat bateri lebih daripada lima kali ganda dalam mod GPS.
  • Pemantauan kesihatan dan kesejahteraan 24/7: Jejak langkah, kadar denyutan jantung, pemantauan tidur lanjutan, Pulse Ox, status HRV, dan banyak lagi. Pengguna wanita juga boleh menjejak kitaran haid dan kehamilan serta menerima maklumat tentang senaman dan pemakanan.
  • Laporan pagi: Tinjauan peribadi tentang tidur malam tadi, kalendar harian, dan status HRV selepas bangun tidur.
  • Pemberitahuan pintar: Terima emel, teks, dan amaran terus pada jam tangan apabila disambungkan dengan telefon pintar Apple atau Android.
  • Aplikasi Garmin Messenger: Hantar mesej dua hala kepada rakan dan keluarga terus dari jam tangan.
  • Pembayaran tanpa sentuh Garmin Pay: Nikmati pembayaran pantas di laluan checkout dan sistem transit terpilih.
  • GPS berbilang jalur dengan SatIQ: Ketepatan penentuan lokasi yang luar biasa sambil mengoptimumkan hayat bateri.
  • Garmin Share: Kongsi lokasi, laluan, dan latihan dengan mudah kepada jam tangan pintar Garmin lain dan komputer basikal Edge® yang serasi.

Teman Pengembaraan Anda

Dengan aplikasi sukan seperti mendaki, berlari, berbasikal, bermain golf, memancing, berski dan banyak lagi, Siri Instinct 3 adalah rakan sempurna untuk menikmati alam semula jadi. Ketika meneroka, ciri TracBack routing membantu menyediakan laluan kembali ke titik permulaan serta lokasi rujukan berhampiran. Altimeter, barometer, dan kompas elektronik 3-paksi terbina dalam membantu navigasi laluan seterusnya.

Pengguna juga boleh memadankan Instinct 3 dengan aplikasi Garmin Explore untuk melihat peta terperinci, mencipta waypoints, laluan, dan banyak lagi bagi memaksimumkan pengalaman pengembaraan mereka.

Kekal Aktif dan Terhubung

Selain aplikasi sukan untuk pengembaraan luar, Siri Instinct 3 dilengkapi aplikasi untuk aktiviti seperti HIIT, senaman kardio, larian di trek dalam dan luar, pickleball, bola keranjang, dan banyak lagi.

Persiapkan diri untuk perlumbaan seterusnya atau tingkatkan kecergasan dengan rancangan latihan adaptif Garmin Coach yang boleh diakses melalui lebih 1,600 latihan dalam aplikasi Garmin Connect dan dihantar terus ke jam tangan.

Apabila disambungkan dengan telefon pintar serasi, pengguna juga boleh menikmati pemberitahuan pintar, ciri keselamatan seperti pengesanan insiden, bantuan, dan LiveTrack untuk ketenangan fikiran semasa bersenam.

Harga dan Ketersediaan

Siri Instinct 3 akan tersedia bermula Februari 2025. Model AMOLED bermula dengan harga cadangan RM2,239, manakala model solar bermula pada RM1,999. Produk ini boleh didapati di Garmin e-store, Shopee, Lazada, AECO e-store, dan kedai rakan niaga Garmin yang sah.

Untuk maklumat lanjut, layari: Garmin Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.