Utama Kesihatan Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah akan diedar Esok

Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah akan diedar Esok

961
0

KAJANG, 3 Jun 2020 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mula mengedarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah esok untuk membolehkan pentadbir dan guru-guru membuat persediaan yang mencukupi.

Garis panduan pergerakan pelajar di dalam sekolah bermula daripada setibanya pelajar di sekolah hingga mereka pulang. Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, garis panduan ini dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut beliau lagi;

“Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya harus dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan bila sahaja kita umumkan pembukaan, maka setiap sekolah telah bersedia.

“Kementerian sentiasa berbincang dengan pihak sekolah iaitu ruang yang boleh ditambah baik dalam garis panduan itu akan kita lakukan. Apa yang penting semua pihak mainkan peranan iaitu pengurusan sekolah, guru termasuk ibu bapa. Misalnya, jika anak bergejala, tidak perlu hantar ke sekolah,”

Ketika diajukan pertanyaan mengenai bilakah sesi persekolahan dimulakan, Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan tiada sebarang tarikh yang ditetapkan buat masa ini. Pihak KPM juga menjalinkan usahasama erat dalam membuat keputusan tarikh sesi persekolahan dengan KKM dan MKN.

“Apabila Kementerian Kesihatan dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka, maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka. Kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah,”

Tambah beliau lagi, pembukaan sekolah nanti melibatkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam sahaja membabitkan hampir 3,000 buah sekolah menengah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.