Utama Android Samsung Galaxy Unpacked akan diadakan pada 26 Julai ini; Daftar minat sekarang untuk...

Galaxy Unpacked akan diadakan pada 26 Julai ini; Daftar minat sekarang untuk dapatkan e-baucar Samsung RM400

365
0

Acara Samsung Galaxy Unpacked akan diadakan di Seoul, Korea Selatan buat julung kalinya. Sebelum ini terdapat ura-ura yang membayangkan acara tersebut akan diadakan pada hujung bulan, namun kini disahkan oleh Samsung berlangsung pada 26 Julai 2023, jam 7 petang.

Peminat Samsung di Malaysia boleh menonton secara langsung dan mendaftar minat di laman khas Samsung Galaxy Unpacked untuk mendapatkan perkembangan terkini disamping boleh mendapatkan e-baucar Samsung sehingga RM400 untuk pra-tempahan siri Galaxy Z.

Selain boleh mengikuti secara langsung menerusi laman web rasmi Samsung, anda juga boleh menonton siaran langsung tersebut di saluran rasmi Samsung Malaysia di YouTubeFacebook dan Newsroom.

Menurut Presiden dan Ketua Bahagian Peniagaan Mobile eXperience (MX) Samsung TM Roh, acara ini bakal memperkenalkan peranti boleh lipat generasi terkini keluaran Samsung.

Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai peranti boleh lipat yang dijangka hadir dalam bentuk Samsung Galaxy Z Flip 5 dan Galaxy Z Fold 5. Terdapat kemungkinan ia akan hadir dengan penambahbaikan baharu pada penggunaan cipset dan juga skrinnya kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.