Utama Mobile Android Samsung Galaxy S10 dilaporkan boleh dinyahkunci menggunakan foto, video atau wajah Saudara...

Samsung Galaxy S10 dilaporkan boleh dinyahkunci menggunakan foto, video atau wajah Saudara Seiras

1019
0

Telefon pintar Samsung terbaru, siri Galaxy S10 hadir dengan fungsi pengecaman wajah. Bagaimanapun, ia tidak didatangkan bersama-sama pengimbas iris. Atas sebab itu, ciri keselamatannya agak rendah sedikit dan memerlukan pengguna untuk mempertimbangkan sebaik-baiknya jika ingin menggunakannya.

Terdapat laporan yang mengatakan fungsi pengecaman wajah Samsung Galaxy S10 telah diperdayakan oleh foto-foto dan video-video. AndroidWorld.it dan Unbox Therapy, dua buah saluran di dalam Youtube ini telah berjaya menyahkunci Galaxy S10 melalui foto dan video.

Selain itu, terdapat laporan yang mengatakan wajah saudara yang hampir seiras juga boleh digunakan untuk menyahkunci telefon pintar Samsung berkenaan.

Jane Manchun Wong, seorang pengguna Twitter telah berkicau mengenai perkara ini. Beliau telah menyahkunci telefon pintar Galaxy S10+ adik beliau dengan menggunakan wajahnya sendiri.

Walaubagaimanapun, Samsung Galaxy S10 sendiri telah menyatakan kepada pengguna bahawa ciri pengecaman wajah ini bukanlah satu ciri-ciri keselamatan padanya. Oleh yang demikian, perkara terbaik yang pengguna dapat lakukan adalah dengan elakkan dari menggunakan fungsi tersebut untuk membuat pengesahan transaksi seperti perbankan atas talian dan Samsung Pay.

Sumber berita diperoleh dari SlashGear

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.