Aplikasi eDompet Touch ‘N Go menyediakan pelbagai fungsi pilihan pembayaran dan fungsi terkini diperkenalkan adalah pilihan pembayaran parkir. Bermula sejak 10 Disember lalu, fungsi pembayaran parkir ini diperkenalkan di lima kawasan perbandaran iaitu Kuala Lumpur, Subang Jaya, Putrajaya, Kota Bharu dan Kuala Langat.
Fungsi pembayaran parkir di dalam aplikasi ini turut memaparkan kadar bayaran yang telah ditetapkan mengikut kawasan perbandaran masing-masing.
Pengguna dapat menjimatkan masa untuk pergi membayar parkir di tempat pembayaran seperti kebiasaan di samping memberi kemudahan mendapat info hanya melalui aplikasi berkenaan.
Pihak Touch ‘N Go juga kini sedang giat menjalinkan usahasama dengan majlis-majlis perbandaran di kawasan lain bagi menambahkan bilangan kawasan yang menyokong penggunaan aplikasi ini. Bagi meningkatkan jumlah pengguna, Touch ‘N Go turut memperkenalkan pelbagai promosi termasuk pulangan tunai.
Memandangkan aplikasi ini tidak menyediakan resit pembayaran parkir secara fizikal seperti lazimnya, pihak penguatkuasa majlis perbandaran akan menyemak melalui peranti pemeriksaan berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan pengguna.













