Utama Teknologi Durian Musang King akan hadir dengan Persijilan SIRIM tidak lama lagi

Durian Musang King akan hadir dengan Persijilan SIRIM tidak lama lagi

Oh kome, deghoyan udah lughoh. Lebih baik cepat pegi suloh. Lambat sikit kome dapat habuk. Kalau tido jawabnye tinggey pokok.

108
0

Bau-bauan durian kian menusuk lubang hidung anda menjelang tibanya musim durian di dalam negara kita. Antara varian durian paling popular buat masa ini pastinya dari jenis Musang King yang juga merupakan antara paling mahal dan paling dicari-cari oleh penggemar durian. Bagaimanapun, adakah kita dapat tahu sama ada durian Musang King berkenaan baik atau tidak?

Atas sebab itu, badan piawaian SIRIM Berhad mencadangkan garis panduan untuk menentukan kualiti durian tersebut. Anda mungkin kelak tidak perlu lagi untuk membelek-belek bagi menentukan ‘kebagusan’ durian yang akan anda beli.

Pengarah SIRIM Berhad Negeri Perak Mohd Adzhar Ahmad menyatakan pihaknya kini sedang merancang untuk memperkenalkan piawaian minima untuk durian Musang King. Menurut beliau:

“Setiap negara ada keperluan untuk mengimport sesuatu produk, sekiranya durian Musang King sudah ada pensijilan, tidak perlu ada banyak dokumentasi sekali gus dapat mengurangkan kerenah birokrasi.

“Selain itu, pensijilan ini juga dapat menyelaraskan harga dari segi gred durian itu jadi tidaklah durian Musang King nanti dijual pada harga tidak munasabah,”

Kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pekebun Durian Negeri Perak baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, SIRIM kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membangunkan penetapan piawaian untuk akreditasi Musang King.

Menurut beliau, persijilan ini juga mampu membantu menentukan harga Musang King berdasarkan gred yang diterima dari SIRIM. Ini seterusnya mampu mencegah penawaran harga yang terlalu tinggi dari peniaga dan juga penipuan.

Rancangan untuk memperkenalkan piawaian akreditasi SIRIM baharu untuk Musang King ini dijangka akan hadir menjelang hujung tahun ini. Cuma tidak dapat dipastikan sama ada pelekat label SIRIM akan terdapat pada kulit durian terbabit atau tidak nanti.

Imej dari The Malay Mail

melaluihttps://www.thestar.com.my/news/nation/2022/06/18/musang-king-durians-to-get-sirim-certification
Artikel sebelum iniWhatsApp perkenalkan fungsi membisukan individu ketika sesi Panggilan Berkumpulan
Artikel seterusnyaSamsung Galaxy S22 FE dikatakan mungkin tidak akan diperkenalkan
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.