Ogos lalu, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan DualSense Edge, sejenis alat kawalan permainan Pro untuk konsol PlayStation 5. Kali ini, Sony telah mengumumkan tarikh dan juga harga bagi alat kawalan konsol permainan tersebut.
Pakej DualSense Edge turut didatangkan bersama-sama pelbagai aksesori lain di dalamnya selain dari alat kawalannya.
Di dalam pakejnya, disediakan sebuah bekas, kabel beranyam untuk disambungkan konsol, dan pelbagai komponen alat gantinya sendiri.
DualSense Edge menawarkan pelbagai pilihan ketersuaian mengikut kehendak pemain-pemain, mirip alat kawalan siri Xbox Elite.
Anda boleh menyesuaikan laras butang-butang pemicunya termasuk batang analognya selain boleh menyimpan profil tetapan untuk kegunaan di masa hadapan.
Anda boleh mendapatkan Sony DualSense Edge bermula pada 26 Januari 2023 dengan harga jualannya RM999.