Google akhirnya kini telah menyediakan sokongan untuk kekunci pintas bagi fungsi salin, tampal dan potong pada perkhidmatan storan awanan Google Drive versi web. Fungsi ini diperkenalkan bagi memudahkan pengguna menguruskan fail-fail di dalam perkhidmatan tersebut.

Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya ditawarkan melalui pelayar web Google Chrome sahaja. Anda kini boleh menyalin dan memotong dengan menggunakan fungsi kekunci pintas masing-masing dengan CTRL + C (atau ⌘ + C pada Mac) dan CTRL + X (⌘ + X). Anda kemudian boleh menampalkannya pada folder lain dengan CTRL + V ( ⌘ + V).

Selain itu, Google turut memaklumkan satu pautan ke fail dan namanya turut diambil ketika menyalin sesebuah fail berkenaan sebelum menampalkannya ke dalam sesebuah dokumen atau menyediakan satu pautan hiper khusus untuk mengakses ke fail tersebut melalui emel.

Dalam pada masa yang sama, menyalin fail dengan menggunakan CTRL + SHIFT + V (⌘ + Shift + V) akan menghasilkan pintasan untuk menguruskan fail-fail di dalam pelbagai tempat tanpa menghasilkan sejumlah fail pendua.

Akhir sekali, menggunakan CTRL + ENTER (⌘ + ENTER) apabila memilih sesebuah fail kini akan membukanya di dalam sebuah tab baharu di dalam Chrome. Ini membolehkan pengguna melihat sebilangan fail-fail secara serentak, atau untuk menggunakan tab berlainan untuk menguruskan fail di pelbagai folder dengan lebih mudah.

Tinggalkan komentar