KUALA LUMPUR, 3 Julai 2025 – Cisco (NASDAQ: CSCO), peneraju global dalam rangkaian dan keselamatan, hari ini mengeluarkan satu kajian global baharu yang mendedahkan berlakunya peralihan seni bina utama dalam rangkaian perusahaan. Ketika pembantu AI, ejen AI dan beban kerja berasaskan data mengubah cara kerja dilakukan, mereka turut mencetuskan lalu lintas rangkaian yang lebih pantas, dinamik, sensitif kepada kependaman dan lebih kompleks.
Apabila digabungkan dengan peranti bersambung yang semakin berleluasa, keperluan waktu operasi 24/7 dan ancaman keselamatan yang semakin meningkat, perubahan ini mendesak infrastruktur untuk berkembang dan menyesuaikan diri. Hasilnya, pemimpin IT kini mengubah cara mereka melihat rangkaian – dari segi peranannya, keupayaannya dan bagaimana ia melindungi organisasi. Rangkaian yang mereka bina hari ini akan menentukan jenis perniagaan yang mereka jadi esok.
Enam Petunjuk Bahawa Peralihan Infrastruktur Sedang Berlaku
- Rangkaian Kini Menjadi Keutamaan Strategik:
96% syarikat di Malaysia berkata rangkaian moden adalah kritikal untuk melaksanakan AI, IoT dan awan. 91% pemimpin IT bercadang menambah peruntukan bajet IT mereka untuk rangkaian. - Rangkaian Selamat Adalah Kritikal:
99% mengatakan rangkaian selamat penting untuk operasi dan pertumbuhan mereka; 63% menyifatkannya sebagai sangat kritikal. 97% percaya rangkaian yang dipertingkat akan menambah baik tahap keselamatan siber mereka. - AI Menambah Permintaan kepada Rangkaian Tahan Lasak:
97% pemimpin IT mengatakan rangkaian tahan lasak adalah kritikal, ketika 80% pernah mengalami gangguan besar – disebabkan serangan siber, kesesakan dan salah konfigurasi – mengakibatkan kerugian global sehingga $160 bilion setahun, purata satu gangguan besar bagi setiap perniagaan. - Pemimpin Lihat AI Sebagai Pemacu Pendapatan:
51% pemimpin IT menyatakan kesan terbesar rangkaian moden terhadap pendapatan datang daripada pelaksanaan alat AI untuk mengautomasi dan memperibadikan pengalaman pelanggan – membolehkan interaksi yang lebih pantas dan setia pelanggan. - AI Mengubah Infrastruktur Pengkomputeran:
71% mengatakan pusat data mereka belum memenuhi keperluan AI hari ini, dan 88% merancang untuk menambah kapasiti – sama ada di premis sendiri, awan, atau kedua-duanya. - Pemimpin Mahu Rangkaian Lebih Pintar:
98% berkata rangkaian autonomi berkuasa AI adalah penting untuk pertumbuhan masa depan – namun hanya 45% telah melaksanakan keupayaan pintar seperti segmentasi, keterlihatan dan kawalan untuk menjadikan rangkaian mereka adaptif.
“Rangkaian Adalah Nilai”: Infrastruktur Moden Membuka Potensi Pertumbuhan dan Penjimatan
Pemimpin IT telah pun menjana nilai kewangan melalui rangkaian moden – terutamanya dengan meningkatkan pengalaman pelanggan (53%), menambah kecekapan (62%) dan membolehkan inovasi (58%). Namun nilai ini terancam jika infrastruktur tidak direka bentuk untuk AI atau skala masa nyata.
Untuk membuka pertumbuhan dan penjimatan yang dijangkakan, mereka mengenal pasti jurang penting yang perlu ditutup:
- Sistem berasingan atau hanya sebahagiannya disepadukan (59%)
- Pelaksanaan tidak lengkap (55%)
- Kebergantungan kepada pemantauan manual (48%)
Rangkaian yang lebih pintar, selamat dan adaptif merupakan justifikasi pelaburan. Lebih 91% mengatakan rangkaian yang dipertingkat akan mendorong pendapatan, dan hampir semua (97%) menjangkakan penjimatan kos ketara melalui operasi lebih pintar, kurang gangguan dan penggunaan tenaga lebih rendah.
C-Suite Global Menyokong Pemimpin IT untuk Menyediakan Infrastruktur AI
Penyelidikan Cisco sebelum ini menunjukkan bahawa CEO global bersetuju dengan pemimpin IT tentang kepentingan infrastruktur dalam era AI:
- 97% memperluas penggunaan AI
- 78% bergantung pada CIO/CTO untuk keputusan pelaburan
- 74% mengatakan infrastruktur usang sudah mengekang pertumbuhan
Apabila rangkaian perusahaan mengalami perubahan besar, kepimpinan kanan organisasi menyokong pemimpin teknologi mereka untuk memacu perubahan ini — dan 96% percaya kerjasama strategik adalah kunci kejayaan.