Utama Teknologi Cip MyKad Aku Rosak, Lagi

Cip MyKad Aku Rosak, Lagi

8077
4

Hari Ahad lepas, aku pergi buat passport di Jabatan Imigresen kat Damansara. Jabatan Imigresen yang kat Damansara ni merupakan antara yang dibuka pada hari minggu. Tapi half-day aje la. Ok la tu. Kurang-kurang tak payah le aku kena apply cuti.

Masa nak proses nak apply tu, takda benda sangat. Setakat tunggu berejam tu normal. Orang pun ramai sebab dah dekat Tahun Baru Cina. Masalahnya bila nak baca MyKad aku. Card reader tak boleh nak baca. Cer try gosok dengan getah pemadam tengok macam mana. Cucuk kat card reader, sama tak boleh baca jugak. Ai, baru je 2 tahun sudah aku tukar chip MyKad takkan dah jahanam balik. Seingat aku takda lagi aku saje-saje main-main kasi rendam kat dalam asid.

Mujur ofis Jabatan Pendaftaran sebelah menyebelah je dengan Jabatan Imigresen. Dan, ianya juga mujur dibuka pada hari Ahad. Aku check lagi sekali masa di Jabatan Pendaftaran. Error. Sah, chip MyKad aku jahanam lagi. Kena apply baru la jawabnya.

Kali ni masa nak tangkap gambar pun aku main serabai-serabai je. Dua tiga kali staf yang bertugas mengambil gambar tu bertanyakan kat aku. Biar betul Bang. Ah, apa ada hal. Nanti bila chip tu rosak lagi sekali, aku bagi pose smart-smart la pulak. Yer dak.

Berkenaan chip MyKad ni, pada pendapat aku. Ketahanan chip MyKad ni tak sama dengan chip yang ada pada kad ATM korang. Ada beberapa perkara yang perlu dielakkan supaya chip MyKad korang tahan lebih lama.

1. Elakkan MyKad daripada terdedah kepada suhu yang terlampau tinggi seperti api dan sebagainya.
2. Elakkan daripada menjalankan aktiviti yang boleh merosakkan cip.
3. Jangan gores, ketuk, tebuk dan gunting MyKad.Elakkan MyKad daripada terkena air.
4. Elakkan MyKad daripada terkena bahan kimia dan asid.
5. Elakkan daripada merosakkan permukaan MyKad.
6. Elakkan daripada risiko yang boleh menyebabkan MyKad bengkok dan melengkong.

Kemusykilannya, apesal Maybankard aku yang dah 6 tahun aku pakai ni tak pernah rosak-rosak lagi. Letak sebelah-menyebelah dengan MyKad jer pun. Sepatutnya, kalau aku tak sengaja nak rosakkan, patut dua-dua sekali yang rosak. Tapi kenapa asyik MyKad aku saje yang rosak?

Silikon tak sama jenama mungkin.

Nota Kaki:

C1 – VCC, bekalan kuasa. +5V.
C2 – Reset, untuk kegunaan semasa komunikasi dengan card reader.
C3 – Clock, menyediakan isyarat jam
C4 – AUX1, untuk kegunaan antara muka yang lain. Antara muka USB misalnya
C5 – Ground, errmmm… ground lah. Macam IC biasa yang lain, pakai arus terus mesti kena ada ground.
C6 – VPP, voltan masukan pemprograman. Digunakan untuk menulis dan memadam ingatan tidak-meruap dalaman.
C7 – Input/Output, masukan dan keluaran sesiri. Pemindahan data adalah separa duplex.
C8 – AUX2. Sama macam kaki C4.

4 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.