PETALING JAYA, 27 Januari 2025 – Sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) mengajak rakyat Malaysia untuk menilai semula tradisi kita dan menghormatinya dengan cara baharu dan inovatif.
Melalui sebuah kisah perayaan yang menyentuh hati, 传承 · 承传 (chuán chéng), yang bermaksud “penyampaian kepercayaan dari generasi ke generasi”, kita menyelami kehidupan sebuah keluarga yang terikat erat dengan penciptaan simbol kebanggaan budaya, iaitu Cheongsam. Filem ini mengisahkan Blaze, ahli termuda keluarga yang bersemangat tinggi, yang menggunakan teknologi untuk memastikan tradisi keluarga yang berharga ini diteruskan walaupun menghadapi insiden yang tidak dijangka. Perjalanan Blaze menunjukkan bagaimana pendekatan inovatif dengan bantuan teknologi digital dan sambungan tanpa gangguan mampu melangkaui perbezaan generasi dan memberikan nafas baharu kepada amalan tradisional lama agar tetap relevan pada masa kini dan masa hadapan.
Melalui filem pendek ini, CelcomDigi meraikan bagaimana Internet menjembatani jurang generasi, membolehkan pelbagai generasi belajar dan menjadi lebih baik bersama. Dengan menggabungkan warisan dengan inovasi serta kekuatan sambungan digital, CelcomDigi percaya bahawa tradisi akan terus hidup apabila setiap generasi baharu menjembatani jurang budaya, menemui cara baharu yang progresif untuk menghormati inti pati warisan kita dan menjadikannya milik mereka. Sama seperti Tahun Ular, yang melambangkan kebijaksanaan, intuisi, dan transformasi, CelcomDigi terinspirasi oleh keupayaan ular untuk beradaptasi dengan anggun, menerima transformasi sebagai kunci kepada kejayaan.
Kepercayaan ini mendorong CelcomDigi melibatkan bakat muda Malaysia, mengundang mereka untuk berkongsi interpretasi mereka tentang musim perayaan melalui lensa generasi mereka dan menterjemahkannya ke dalam reka bentuk angpau. Empat reka bentuk, yang berjaya menggambarkan keindahan Tahun Baru Cina sambil menggabungkan warisan budaya dengan elemen kontemporari secara kreatif, telah dipilih sebagai reka bentuk angpau CelcomDigi untuk tahun ini.
CelcomDigi mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya, Selamat Tahun Baru Cina yang penuh dengan kegembiraan dan kemakmuran. Gong Xi Fa Cai!
Kunjungi cawangan CelcomDigi terdekat untuk mendapatkan pek angpau edisi khas ini dan meraikan kreativiti belia Malaysia.
Untuk menonton filem pendek penuh, kunjungi:
Untuk maklumat lanjut tentang CelcomDigi, sila lawati: www.celcomdigi.com.