Bersempena sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba, Celcom memperkenalkan promosi Ceria Raya bagi menawarkan lebih penjimatan dan diskaun buat anda sekeluarga. Selain menawarkan pakej telefon 5G percuma, Celcom kini menawarkan tawaran Beli 1 Percuma 1 bagi Pelan Mega Family di mana anda boleh berjimat sehingga RM760 untuk enam bulan.
Bermula dari 15 April hingga 30 Jun 2022, anda bleh mendapatkan rebat RM20 untuk selama 6 bulan bagi setiap talian Family baharu yang anda langgan. Bagaimanapun, anda memerlukan sekurang-kurangnya dua talian bagi setiap pesanan.
Satu talian suplimentari Celcom Family berharga RM40 sebulan. Melalui penawaran ini, anda hanya perlu membayar RM40/bulan bagi dua talian suplimentari, atau RM120/bulan bagi enam talian suplimentari untuk tempoh enam bulan pertama.
Pelan Celcom Unlimited Family Line ini menawarkan panggilan tanpa had, data tanpa had dengan had kelajuan 6Mbps dan data hotspot 5GB. Jika anggota keluarga anda memilih kelajuan tanpa had, terdapat pilihan Lightning yang didatangkan dengan pilihan tanpa had dan data 30GB.
Pelan pascabayar Celcom Mega
Pelanggan Celcom Mega 80 dan Mega 98 hanya dibenarkan untuk melanggan sehingga 3 talian keluarga. JIka anda melanggan Celcom Mega 128 dan ke atas, anda boleh menambah sehingga 6 talian keluarga pada harga RM120 sebulan dalam tempoh 6 bulan pertama. Selepas itu anda akan dikenakan sebanyak RM240 sebulan.
Menurut Celcom, anda boleh menikmati penjimatan peranti sehingga RM1,999 melalui tawaran telefon pintar 5G percuma dan telefon percuma kedua melalui pelan bundle peranti Celcom Mega Family. Kombo telefon percuma ini menyertakan Samsung Galaxy A22 5G + Galaxy A03, Samsung Galaxy A33 5G + Samsung Galaxy A03 dan Samsung Galaxy S22 5G + Galaxy A03.
Bagi anda yang tidak mempunyai sambungan fiber di rumah, Celcom turut menawarkan penjimatan sepanjang hayat RM21/bulan apabila anda melanggan pascabyar Celcom dan Home Fibre di bawah pelan Celcom Max. Melalui pakej gabungan ini, pelanggan pascabayar Celcom akan menerima pelan fiber 100Mbps pada RM99/bulan atau pelan fiber 300Mbps pada RM119/bulan.
Celcom juga kini menawarkan promosi pemasangan pada hari yang sama pendaftaran di buat bagi pengguna-pengguna di Sabah yang terpilih dalam liputan rangkaian fiber Celcom Timur Sdn Bhd. Hanya eksklusif di Sabah, pelanggan boleh mendapatkan kombo Celcom Home Fibre 20Mbps dan Xpax Postpaid dari RM119/bulan.
Maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi Celcom Postpaid












