Bagi pengguna pelan prabayar mana-mana syarikat telco, membuat tambah nilai atau topup pada kredit pelan prabayar yang digunakan adalah satu kelaziman.
Walaubagaimanapun, sesetengah pengguna adakalanya mungkin terlupa kaedah untuk melakukan tambah nilai dan panduan ini diharapkan dapat membantu mempermudahkan urusan sebahagian pengguna yang memerlukan bantuan.
Terdapat pelbagai kaedah yang disediakan untuk membuat isian semula prabayar Celcom yang ditawarkan buat masa ini. Anda boleh memilih sama ada melakukannya secara luar talian (offline) seperti membeli nombor pin isian semula secara fizikal di kedai-kedai, atau secara dalam talian menerusi aplikasi Celcom Life atau di dalam platform perbankan dalam talian.
Cara topup prabayar Celcom Xpax secara fizikal
Kaedah membuat isian semula secara fizikal ini dilakukan dengan membuat pembelian di kedai-kedai fizikal yang menawarkannya seperti di 7-Eleven, stesen-stesen minyak terpilih, rangkaian kedai runcit 99 Speedmart dan sebagainya.
Anda boleh membelinya menerusi juruwang yang bertugas di premis berkenaan dan satu resit bersama-sama nombor pin isian semula akan diberikan untuk dimasukkan ke dalam akaun talian Celcom anda dengan cara seperti berikut:
Cara topup Celcom Xpax dengan mendail nombor 1111
- Dail nombor talian 1111
- Tekan nombor 1
- Tekan nombor 1 lagi
- Tekan nombor 2
- Operator akan menyatakan nombor talian Celcom yang digunakan dimasukkan pengguna dan tunggu jika nombor yang dimasukkan adalah betul
- Masukkan nombor PIN isian semula 16 digit berdasarkan arahan yang diberi
Cara topup Celcom Xpax dengan mendail nombor 1930
- Dail nombor talian 1930
- Tekan nombor 2
- Tekan nombor 1
- Masukkan nombor PIN isian semula 16 digit dan diikuti dengan butang “#”.
Cara topup Celcom Xpax dengan kod USSD (Softpin)
- Masukkan butang kekunci berikut: *122*Nombor Isian Semula 16 Digit#
- Seterusnya tekan butang “Call”
Cara topup Celcom Xpax dengan SMS
- Buka aplikasi SMS anda
- Taipkan REC16 [PIN Isian Semula 16 Digit]
- Hantarkan ke 28882
Nota: PIN isian semula 16 digit boleh didapati di kedai-kedai telekomunikasi, kedai 7-Eleven, KK Mart, Speedmart, stesen-stesen minyak dan portal perbankan dalam talian.
Cara membuat isian semula kredit prabayar Celcom secara dalam talian (online)
Selain anda membuat isian semula secara fizikal di luar talian (offline), anda juga boleh membuat isian semula kredit prabayar Celcom anda secara dalam talian (online). Anda boleh memilih sama ada menggunakan aplikasi Celcom Life atau dengan menggunakan platform perbankan dalam talian pilihan anda.
Cara topup Celcom Xpax dengan aplikasi Celcom Life
Bagi anda yang menggunakan telefon pintar, membuat isian semula kredit melalui aplikasi Celcom Life mungkin lebih mudah.
Muat turun aplikasi Celcom Life di Gedung Play
Selain untuk menambah nilai kredit pelan prabayar Celcom Xpax, aplikasi ini turut menyediakan info-info berkaitan dengan pengguna seperti jumlah penggunaan kuota data internet dan juga pembelian pakej data internet.
Cara pembelian melalui aplikasi ini juga agak ‘straigh-forward’ yang mana pengguna akan disediakan panduan yang secara jelas menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan.
Cara topup Celcom dengan menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian (online) FPX
Anda boleh membuat isian semula kredit prabayar Celcom anda secara dalam talian menerusi perbankan dalam talian (FPX). Hampir kesemua bank-bank di dalam Malaysia menyediakan perkhidmatan tersebut.
Misalnya, jika anda menggunakan Hong Leong Bank, anda boleh membuat isian semula dengan cara seperti berikut:
- Layari laman web perbankan dalam talian Hong Leong Bank dan log masuk ke akaun anda.
- Pilih Pay & Transact
- Pilih Reload Services > Prepaid Reload
- Pilih Mobile Prepaid
- Masukkan nombor telefon anda dan klik Next
- Masukkan kod TAC atau OTP yang dihantar dan klik Submit untuk melengkapkan proses transaksi
Diharapkan panduan ini dapat membantu sesetengah pengguna yang tidak mengingati atau masih lagi tidak tahu cara-cara untuk membuat isian semula kredit pelan prabayar Celcom Xpax. Sebarang pertanyaan mengenai cara melakukan topup boleh diajukan melalui ruangan komentar di bawah.











