Meniru di dalam industri teknologi sudah menjadi adat, tapi yang peliknya baru-baru ini bersempena persidangan pembangun Apple sedunia (WWDC) awal Isnin lalu, Tim Cook and the gang kelihatan lain dari kebiasaannya. Tidak banyak benda baru yang unik diperkenalkan oleh Apple sepertimana yang lazimnya kita tahu tentang Apple.

Sebaliknya, syarikat teknologi berkenaan lebih memberi penekanan terhadap inovasi-inovasi yang sebelum ini telah pun diperkenalkan oleh firma teknologi lain. Memang pun sebelum-sebelum ini Apple telah melakukan pada teknologi sedia ada seperti teknologi telefon pintar(iPhone) dan pemain mp3 (iPod) – hingga membuatkan ramai orang percaya bahawa Apple adalah pencipta asal telefon pintar dan pemain mp3 – melalui kuasa pemasarannya.

Namun, lain halnya pada WWDC 2015 kali ini. Apple kini dilihat seperti bukan lagi peneraju di dalam inovasi teknologi terkini. Ia dilihat agak ketinggalan di belakang Google dan seakan-akan meniru langkah hampir serupa seperti yang telah dilakukan oleh Google, seperti;

Proactive dan Google Now, Apple Map, multitasking

Proactive dilihat seakan-akan klon kepada Google Now yang selama ini telah pun diguna pakai pada peranti Google Nexus. Ia merangkumi ciri-ciri yang telah pun sedia ada seperti carian lebih terperinci kedalam aplikasi-aplikasi yang dipasang dan juga carian secara kontekstual.

Pendek kata, apa sahaja ciri yang diperkenalkan pada Proactive telah pun sedia ada pada Google Now.

Begitu juga ciri tambahan baharu pada Apple Maps yang memaparkan maklumat aliran transit pengangkutan awam tanpa perlu memasang aplikasi pihak ketiga seperti HopStop. Ini sudah pasti telahpun bertahun dilakukan oleh Google Maps dengan maklumatnya yang amat tepat.

Ciri-ciri lain seperti Multitasking yang membahagikan paparan skrin kepada nisbah 1/2 atau 2/3 pada Apple iPad pula telah lama wujud pada antaramuka Android paling popular, TouchWiz dari Samsung. Malah, multitasking ini adalah ciri yang tidak asing lagi bagi pengguna tablet Windows 8.

Apa yang dilakukan oleh Apple dalam meniru inovasi pihak-pihak lain bukanlah satu kesalahan pun. Hal ini kerana, dalam bidang penghasilan dan penciptaan adalah sebahagian daripada budaya ilmu dan cara manusia meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dan anggota masyarakat secara amnya.

Lagipula, tindakan Apple yang sebelum ini beria-ia benar memarahi orang lain meniru ‘ciptaannya’ adalah sesuatu yang mengarut. Lambat laun, tindakan menghalang pihak-pihak lain dari berinovasi dari ciptaan-ciptaan asal melalui peraturan dan undang-undang hak cipta terpelihara yang semakin lama semakin mengarut akan memakan diri.

-Imej cover diperoleh dari TNerd, Sumber berita asal diterjemah dan diubahsuai dari Gizmodo

3 KOMEN

Tinggalkan komentar