Boost merupakan salah satu aplikasi e-dompet popular di Malaysia yang terlibat di dalam program e-Tunai Rakyat tidak berapa lama dahulu. Bagi anda yang kerap menggunakannya, beberapa perkara anda perlu ambil maklum mengenai perubahannya mulai hari ini.
Perkhidmatan e-dompet ini sedang melaksanakan kemaskini perkhidmatan yang melibatkan kenaikan had penggunaan Basic Wallet dan Premium Wallet. Had Basic Wallet akan dinaikkan dari RM 200 ke RM 1,000. Manakala Premium Wallet pula dinaikkan dari Rm1,500 kepada RM 4,999.
Bagaimanapun, kemaskini ini juga turut menyingkirkan fungsi Cash Out yang membenarkan pengguna memindahkan wang dari Boost ke akaun bank masing-masing.
Menurut pengumuman yang dikeluarkan menerusi aplikasinya, langkah ini dilakukan bertujuan menghindari risiko transaksi yang tidak dibenarkan.













