Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen petang tadi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif e-Tunai Belia Rahmah baharu. Di bawah program ini, belia berusia 18 hingga 20 tahun yang layak akan menerima kredit bernilai RM200 yang akan disalurkan menerusi platform e-wallet terpilih,.

Program ini kelihatan mirip seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul di Parlimen pada Oktober tahun lalu. Pada ketika itu, beliau turut mengumumkan kredit e-wallet RM200 percuma kepada belia. Cuma bezanya, program berkenaan dinamakan sebagai ePemula.

Menerusi e-Tunai Belia Rahmah ini, peruntukan yang disediakan juga berjumlah RM400, sama seperti program ePemula 2023. Berbeza dengan pengumuman pada Oktober lalu, program kali ini tidak merangkumi pelajar sepenuh masa yang berusia 21 tahun dan ke atas.

Perincian mengenai pelaksanaan program ini bagaimanapun tidak dijelaskan dengan terperinci di dalam sesi pembentangan tersebut. Dijangkakan ia akan diketahui dalam masa yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar