Utama Mobile Android Asus Zenfone 5Z dilancarkan di Malaysia, harga disarankan bermula dari RM1,899

Asus Zenfone 5Z dilancarkan di Malaysia, harga disarankan bermula dari RM1,899

1481
0

Asus Malaysia telah mengumumkan telefon pintar mercu yang dinanti-nantikan ZenFone 5Z (ZS620KL). Telefon pintar ini pertama kali diperkenalkan pada bulan Februari lalu bersempena MWC2018 dan ianya merupakan sebahagian dari siri ZenFone 5.

Hadir dengan dua varian, model 6GB + 128GB dijual pada harga RM1,899 manakala untuk model yang lebih besar spesifikasinya, 8GB + 256GB pula dijual dengan harga saranan RM2,299. Telefon pintar terbaru keluaran Asus ini boleh didapati di seluruh negara termasuk kedai atas talian rasmi Asus di Lazada.

Harga bagi ZenFone 5Z ini boleh dikatakan amat berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan memandangkan ianya menggunakan Qualcomm Snapdragon 845, chipset yang lazimnya ditemukan pada peranti-peranti mercu keluaran terkini. Tidak ketinggalan, RAM yang ditawarkan oleh telefon pintar ini juga agak tinggi iaitu sehingga 8GB bersama-sama paparan bernisbah 19:9.

Selain itu, fungsi unik yang ditawarkan oleh telefon pintar terbaru Asus ini termasuklah pengesan latar untuk tujuan fotografi yang menggunakan kuasa kecerdasan buatan pemprosesannya. Bercerita tentang kecerdasan buatan, ZenFone 5Z turut mengimplementasikannya sewaktu mengecas dan juga nada deringnya yang dikawal secara automatik mengikut keadaan persekitaran semasa.

Sebagai tambahan, Lazada turut memberikan tawaran eksklusif Asus Zenfone 5Z pada harga RM1,699 hanya untuk satu (1) hari sahaja pada 31 Julai 2018 selagi stok masih ada.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut spesifikasi Asus Zenfone 5Z, berikut adalah senarai yang mampu membantu anda dalam membuat penilaian;

  • Chipset Qualcomm Snapdragon 845 dengan Enjin A.I. dan pelonjak ASUS A.I.
  • RAM 6GB / 8GB (ikut varian)
  • Storan 128GB / 256GB(UFS 2.1) dan mikroSD hingga 2TB (ikut varian)
  • Paparan 6.2-inci Fullview FHD+ (resolusi 2246 x 1080 piksel, nisbah aspek 19:9, nisbah skrin ke kerangka 90% )
  • Kamera utama: Sistem dwi-kamera 12MP (Penderia Sony IMX363, rakaman video 4K, gerak perlahan, super-resolusi, selang-masa) + 8MP (sudut luas 120-darjah) | Kamera hadapan: 8MP (f/2.0, sudut luas 84-darjah)
  • Nyahkunci wajah dan cap jari, Audio Resolusi Tinggi, labuhan USB Type C, A2DP / aptX, OK Google Standby
  • Menyokong 4G LTE (untuk dua-dua slot SIM), 802.11ac WiFi, NFC, Bluetooth 5.0
  • Bateri: 3300 mAh
  • Sistem operasi: ZenUI 5.0 berasaskan Android 8.0 Oreo

Tinggalkan komentar