Utama Apple Apple Watch Series 8 dijangka akan perkenalkan pilihan warna Merah baharu

Apple Watch Series 8 dijangka akan perkenalkan pilihan warna Merah baharu

661
0
Apple-Watch-Series-7-RED

Lebih kurang seminggu dari sekarang, Apple dijangka akan mengumumkan kehadiran siri iPhone 14 baharu bersama-sama Apple Watch Series 8. Rentetan dari itu, seorang penggguna Twitter ShrimpApplePro mendakwa mempunyai sedikit maklumat berhubung jam tangan pintar berkenaan.

Menurut beliau, Apple Watch Series 8 akan menyertakan pilihan warna merah baharu. Selain itu, beliau juga pernah menyatakan jam tangan berkenaan akan hadir dengan pilihan warna starlight, midnight, product red, dan silver untuk kerangka aluminium. Bagi kerangka keluli tahan karat pula, ia hadir dengan pilihan silver, graphite, dan gold. Tiada model titanium dikatakan akan ditawarkan bagi versi kali ini.

Malah, beliau turut membincangkan mengenai rekaan kotaknya yang dikatakan akan membubuh lebih banyak gam pada sebelah bawahnya. Ia dikatakan bertujuan bagi menunjukkan kesan bahawa kotak tersebut telah di buka dengan menunjukkan kesan yang amat ketara selepas itu.

Apple telah menjadualkan untuk mengadakan acara pelancaran produknya pada 8 September ini di Steve Jobs Theater, Kampus Apple di Cupertino dengan tema “Far Out”. Menerusi acara tersebut juga, Apple dijangkakan akan memperkenalkan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dengan ciri kamera ultra-lebar baharu.

Tinggalkan komentar