Tiga iPhone model terbaru telah pun diperkenalkan dalam satu acara terbesarnya sepanjang tahun ini. Harga pasaran bagi model berspesifikasi paling tinggi iPhone XS Max bermula dari $1,100 (lebih kurang RM4,554).
Apple memperkenalkan iPhone XS Max, iPhone XS dan iPhone XR dalam sebuah acara di ibu pejabat terbarunya yang terletak di Cupertino, California, Amerika Syarikat.
Menurut Apple, iPhone XS Max yang hadir dengan paparan OLED dengan skrin yang lebih besar dijual pada harga $1,100 (lebih kurang RM4,554). Manakala XS yang saiz skrinnya sama dengan iPhone X menawarkan paparan OLED dan harga yang ditawarkan di pasaran $1,000 (lebih kurang RM4,140). Bagi iPhone XR yang menawarkan skrin LCD sahaja, harga yang ditawarkan untuk pembelian peranti berkenaan telah ditetapkan bermula dari $749 (lebih kurang RM3,100).
Sungguhpun pelancaran ketiga-tiga model iPhone terbaru ini tidak memberikan kejutan besar seperti model-model iPhone yang terdahulu, harga yang ditawarkan bagi peranti-peranti ini telah mencetuskan perdebatan. Tidak banyak penambahbaikan terbaru yang diperkenalkan pada iPhone XS Max berbanding iPhone X.
Selain dari memperkenalkan iPhone model terbaru, Apple turut memperkenalkan Apple Watch terbaru yang tampil dengan rekaan skrin penuh penjuru-ke-penjuru yang menjanjikan paparan skrin yang lebih besar.
Tidak ketinggalan, di dalam acara berkenaan pihak Apple turut memperjelaskan secara terperinci berkenaan chip pemprosesan tersuainya yang menyokong pelbagai fungsi termasuk kecerdasan buatan.
Sumber berita diperoleh dari CNET













