AirAsia telah mengubah penawaran di dalam langganan Super+ dengan menambah pilihan penerbangan percuma dan pelbagai kelebihan-kelebihan lain.

Perubahan ini turut melibatkan harga bagi pelan asasnya yang kini dikenali sebagai AirAsia Super+ Lite iaitu RM888 setahun. Turut diperkenalkan, pelan Premium baharu yang menawarkan langganan pada harga RM2,288 setahun.

  • AirAsia Super+ Lite – RM888 setahun
  • AirAsia Super+ Premium – RM2,288 setahun

AirAsia-Super-Plus-plans Hotel DiscountPakej langganan Lite kini RM249 lebih mahal berbanding penawaran Super+ sebelum ini, sungguhpun menyediakan kelebihan yang sama. Untuk pakej langganan Premium pula, pelanggan boleh mendapatkan akses penerbangan ke negara-negara yang diuruskan oleh kumpulan AirAsia, termasuk:

  • Jepun
  • Korea Selatan
  • Australia
  • New Zealand
  • India, Bangladesh
  • Maldives
  • Sri Lanka
  • Hong Kong
  • Macau
  • Taiwan
  • Arab Saudi

AirAsia-Super-Plus-DestinationsBerdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan, tempahan penerbangan perlu dibeli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh penerbangan. Bagi pakej Super+ Lite pula, penawaran masih lagi terhad kepada penerbangan ke negara-negara di Asia Tenggara.

AirAsia juga menambah diskaun sebanyak 10% untuk penggunaan perkhidmatan AirAsia Ride eHailing (had maksima diskaun, RM2). Turut ditawarkan, diskaun sebanyak 5% untuk tempahan penginapan hotel-hotel AirAsia. Penawaran pelan langganan ini telah mula ditawarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.