Utama Mobile Android 5 Perisian Android Emulator terbaik untuk Komputer Desktop

5 Perisian Android Emulator terbaik untuk Komputer Desktop

2076
0

Penggunaan perisian pelagak Android (Android emulator) pada komputer, baik Windows, Mac, atau Linux membolehkan pengguna mencuba kefungsian dan aplikasi-aplikasi Android tanpa perlu membeli perantinya. Ia amat berguna terutamanya buat para pembangun untuk menguji aplikasi dan sistem yang dibangunkan.

Sebagaimana perisian-perisian lain yang ada dipasaran masa kini, ia boleh dimuat turun dan boleh dipasang pada komputer dengan mudah tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi.

Berikut adalah senarai 5 perisian Android emulator yang boleh anda cuba pada komputer anda;

BlueStacks (Percuma)

Imej diperoleh dari KedarKulkarni95
Imej diperoleh dari KedarKulkarni95

BlueStacks merupakan di antara perisian Android emulator terawal yang telah dihasilkan. Ia memberi sokongan integrasi kamera dan mikrofon untuk membolehkan pengguna membuat panggilan suara dan video melalui aplikasi-aplikasi VoIP seperti WhatsApp, Skype dan lain-lain. Perkongsian fail di antara Android emulator ini dengan peranti Android boleh dilakukan secara tarik-dan-lepas (drag-and-drop). Malah, BlueStack turut memberikan sokongan localization, Android-on-TV serta banyak lagi.

Perisian ini berintegrasi dengan cukup baik pada PC dan Mac sehingga mampu menawarkan sokongan grafik natif selain dari kefungsian berbilang tugas (multitasking) di antara aplikasi-aplikasi sama seperti pada peranti Android. Jika dibandingkan dengan emulator lain, ia menawarkan sokongan kebolehsuaian (compatibility) pada aplikasi dan permainan yang lebih besar.

Andy (Free)

AndyAndy memberikan anda penyegerakan mudah (easy sync) di antara komputer anda yang dipasang Andy dengan peranti Andy. Ia juga membolehkan anda mengakses ke keseluruhan sistem fail komputer, justeru  memberikan kelebihan untuk menggunakan keseluruhan ruang storan tanpa sebarang kekangan. Antara sokongan yang ditawarkan melalui Andy adalah penggunaan mikrofon dan kamera untuk panggilan video VoIP dan ‘push notifications’ berkenaan mesej terkini pada komputer.

Sokongan untuk input skrin sentuhan juga ditawarkan pada peranti-peranti yang menggunakan sistem operasi Windows 8 dan ke atas. Kelebihan yang tentunya menarik minat pemain game adalah sokongan grafik tahap tinggi dengan alat kawalan konsol Xbox dan PlayStation.

Genymotion (Percuma/RM555 setahun)

GenymotionGenymotion adalah perisian premium yang ditawarkan khusus untuk pembangun Android. Namun begitu, ianya masih boleh digunakan oleh pengguna-pengguna biasa yang inginkan aplikasi Android digunakan pada Windows atau Mac. Emulator ini juga menyokong penggunaan kamera dan mikrofon, sama seperti Bluestacks dan Andy untuk digunakan pada WhatsApp, Skype dan lain-lain aplikasi yang boleh buat VoIP. Bagi versi berbayar, perisian ini menawarkan butang reset untuk kemudahan anda bila secara tidak sengaja merosakkan pengoperasian perisian ini.

Perisian ini juga dikenali sebagai perisian yang berkebolehan untuk melakukan boot pantas serta menjalankan permainan grafik berkualiti HD. Tambahan pula melalui penawaran penggunaan Android versi paling terkini, Genymotion adalah perisian pengujian aplikasi Android terbaik buat para pembangun-pembangun aplikasi.

Xamarin Android Player (Percuma)

XamarinPerisian ini menyertakan antaramuka pengguna natif dan membenarkan pengguna menjalankan dan menguji aplikasi secara berkesan. Keutamaan perisian ini difokuskan kepada pembangun aplikasi. Justeru, pengguna dapat menjalankan sebarang aplikasi Android melaluinya tanpa sebarang masalah. Antara fungsi yang ditawarkan adalah simulasi perkakasan dan rangkaian, pengalaman penggunaan Android secara natif dan banyak lagi.

Emulator ini turut menawarkan antaramuka yang sama seperti penggunaan Android pada peranti-peranti mudah alih. Malah, ianya dikatakan sama seperti perisian Android Studio (perisian emulator yang diterbitkan oleh Google sendiri, kita akan bercerita tentangnya sebentar lagi), cuma bezanya adalah ianya jauh lebih pantas. Rekabentuk antaramukanya juga dihias cantik sepertimana Genymotion.

Android Studio (Percuma)

Android-StudioEmulator untuk Android yang diterbitkan sendiri oleh Google. Ia menyerupai Android pada peranti lengkap dengan konfigurasi perisian dan perkakasan. Melaluinya, anda boleh menggunakan fungsi-fungsi multimedia, melakukan kostumasi pada dashboard, mengakses ke rangkaian, menjalankan aplikasi mahupun bermain game Android pada PC, Mac atau Linux.

Oleh kerana perisian ini didatangkan khas dari pasukan pembangun Android, emulator ini menawarkan penggunaan versi Android paling terkini lebih awal berbanding emulator lain. Peminat Android tentunya mengkagumi fungsi ini, namun bagi sesetengah pengguna biasa, Android Studio bukanlah pilihan utama memandangkan antaramukanya tidak begitu mesra pengguna berbanding perisian emulator.

Kesimpulan

Android emulator dapat memberikan peluang kepada pengguna komputer untuk menggunakan aplikasi-aplikasi Android tanpa perlu membeli peranti-peranti Android. Bagi anda yang biasa menggunakan emulator, anda boleh kongsikan kepada kami perisian emulator kegemaran anda melalui ruangan komen di bawah.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.