KUALA LUMPUR, 17 Feb 2025ZTE Corporation, sebuah syarikat peneraju global dalam penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, telah mendermakan sebanyak RM1 juta kepada Dana Ihsan Madani sebagai sebahagian daripada usaha membantu mangsa banjir besar yang melanda baru-baru ini dan menyokong pemulihan pasca bencana.

Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Pejabat Perdana Menteri. Steven Ge, Pengarah Urusan ZTE Malaysia, telah menyerahkan replika cek bernilai RM1 juta kepada Encik Aznur Hafeez Kaswuri, Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri, yang menerima sumbangan itu bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“ZTE merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa banjir dan keluarga mereka serta berharap agar mereka dapat kembali kepada kehidupan normal dengan segera. Sebagai syarikat yang berakar umbi dalam pembangunan Malaysia, kami berasa bertanggungjawab untuk menyokong komuniti yang memerlukan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu usaha pemulihan dan pembinaan semula kehidupan mangsa, kata Steven Ge.

Sumbangan ini mencerminkan nilai teras ZTE dalam tanggungjawab sosial korporat, keprihatinan komuniti, dan ketahanan, serta menegaskan komitmen syarikat dalam memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat. Sejak menubuhkan anak syarikatnya di Malaysia pada tahun 2004, ZTE secara konsisten menyokong agenda pembangunan negara dan komuniti setempat yang memerlukan bantuan.

ZTE telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia melalui pelbagai inisiatif, termasuk:

  • Menaja biasiswa dan program latihan untuk lebih 5,000 pelajar di Universiti Multimedia (MMU).
  • Menubuhkan makmal 5G di Cyberjaya dan Melaka.
  • Bekerjasama dalam projek-projek canggih, termasuk penyelesaian pelabuhan berasaskan AI dan teknologi 5G-A untuk penyiaran.

Baru-baru ini, ZTE juga telah bersama-sama menganjurkan program ACE: Navigating the Digital Frontier for Smart Government selama enam bulan dengan MMU, melatih 15 pegawai kerajaan dalam kecerdasan buatan (AI), transformasi digital, dan keselamatan siber – bidang utama dalam membangunkan masyarakat digital dan berdaya saing di Malaysia.

Melangkah ke hadapan, ZTE komited untuk menyokong kepimpinan Malaysia dalam ASEAN 2025 dan merancang untuk menubuhkan Makmal 5G bagi meningkatkan kemahiran bakat tempatan di Malaysia dan China.

Dengan empat pejabat di seluruh Malaysia dan tenaga kerja yang terdiri daripada 92% rakyat tempatan, ZTE terus memainkan peranan penting dalam ekosistem teknologi negara serta memberikan sumbangan besar kepada ekonomi Malaysia.

Tinggalkan komentar