Youtube telah memperkenalkan sokongan terhadap video julat dinamik tinggi (high dynamic range, HDR). Ia boleh digunakan bersama-sama peranti yang menyokong fungsi berkenaan seperti Chromecast Ultra, televisyen UHD keluaran Samsung dan PlayStation Pro yang akan hadir kelak.

Video HDR menyediakan peningkatan terhadap kualiti warna dan kontras pencahayaan, justeru memberi kejelasan yang lebih baik pada video yang dipaparkan. Sudah tentu, ini memerlukan video berkenaan dirakam dengan tetapan HDR terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, peningkatan julat kilauan (luminosity) ini tidak akan kelihatan pada peranti-peranti yang tidak menyokong paparan video HDR. Video berkenaan masih lagi dapat dipaparkan pada tahap kualiti julat dinamik biasa.

video-hdr-youtubeYoutube kini sedang bekerjasama dengan beberapa penyedia kandungan untuk memuatnaik video berkualiti HDR dan seterusnya menyediakan ruang dan peluang bagi lebih ramai pihak memanfaatkan teknologi ini. Pada masa yang sama, buat masa ini Youtube menyediakan senarai video yang boleh dimainkan dalam kualiti HDR. Tak banyak mana pun. Tapi sekurang-kurangnya hala tuju ke arah kualiti video yang lebih baik telah pun disediakan.

Sumber berita diperoleh dari Youtube Official Blog

4 KOMEN

Tinggalkan komentar