Utama Teknologi Televisyen Xiaomi TV Box S Generasi Ke-3 kini di Malaysia; Kotak Google TV...

Xiaomi TV Box S Generasi Ke-3 kini di Malaysia; Kotak Google TV 4K dengan cip 25% lebih pantas, Berharga RM239

73
0

Xiaomi telah melancarkan TV Box S Generasi Ke-3 di pasaran Malaysia. Ia merupakan kotak TV Xiaomi terkini dioperasikan Google TV yang kini dinaik taraf dengan pemprosesan yang lebih pantas.

Ditawarkan dengan pilihan warna hitam sahaja, Xiaomi TV Box S boleh didapati secara dalam talian di Xiaomi Malaysia serta di platform e-dagang, Shopee dan Lazada pada harga:

  • Xiaomi TV Box S (Gen Ke-3) – RM239

Sama seperti model sebelumnya, Xiaomi TV Box S (Gen Ke-2 dioperasikan dengan Google TV dan didatangkan dengan pembantu suara Google Assistant. Ia boleh menstrimkan kandungan sehingga 4K dengan sokongan HDR 10+ dan Dolby Vision, serta sokongan audio Dolby dan DTX:X.

Kawalan Xiaomi TV Box S boleh dilakukan dengan alat kawalan jauh Bluetooth yang disediakan yang turut menyokong kawalan bersuara. Kotak TV ini juga hadir dengan perkhidmatan penstriman percuma Xiaomi TV+ yang menawarkan saluran siaran langsung tanpa langganan.

Di dalamnya terdapat pemprosesan empat teras dengan kelajuan klok sehingga 2.5GHz. Menurut Xiaomi, pemprosesan ini 25% lebih pantas berbanding yang digunakan pada model Generasi Ke-2 sebelum ini. Pemprosesan baharu ini juga dipadankan dengan RAM 2GB dan storan 32GB.

Dari segi ketersambungan, kotak TV ini mempunyai sokongan Wi-Fi 6 dan Bluetooh 5.2. Serta di bahagian belakangnya pula disediakan sambungan secara fizikal dalam bentuk satu port HDMI 2.1 dan port USB-A 2.0.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.