Xiaomi mengumumkan kehadiran siri Redmi Note 10 ke pasaran Malaysia bermula 8 Mac ini. Dua model berkenaan dari siri berkenaan adalah Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro.

Redmi Note 10 Pro Max bagaimanapun tidak memasuki ke pasaran tempatan. Untuk pasaran Malaysia, variasi Pro model telefon pintar ini masih lagi menyediakan kamera utama 108MP.

Dilengkapkan dengan paparan Full HD+ 6.43-inci, Redmi Note 10 dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 678. Ia juga turut menyediakan kuad-kamera dengan kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera berkedalaman 2MP. Tidak ketinggalan kamera swafoto 13MP dan bateri 5,000mAh.Redmi Note 10 Malaysia

Bagi Redmi Note 10 Pro pula, ianya menyediakan paparan Full HD+ 120Hz 6.43-inci dengan cipset Qualcomm Snapdragon 732G. Selain kamera utama 108MP, kuad-kamera telefon ini turut digandingkan dengan kamera ultra-lebar 8MP, kamera telemakro 5MP dan kamera berkedalaman 2MP. Untuk kamera swafotonya, ia menyediakan 16MP. Serta, melengkapkan spesifikasinya bateri berkapasiti 5,020mAh.

Di Malaysia, Redmi Note 10 dengan RAM 4GB dan storan 64GB ditawarkan pada harga RM699. Pada hari pelancarannya 8 Mac ini, anda berpeluang menerima potongan harga telefon ini pada RM649 secara eksklusif di Lazada.

Untuk Redmi Note 10 pilihan 6GB/128GB, harga jualannya adalah RM799. Model Pro yang akan dijual bermula 15 Mac akan dijual pada harga RM999 untuk pilihan 6GB/128GB. Manakala untuk pilihan 8GB/128GB pula harganya adalah RM1,099.

Siri Redmi Note 10 boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi Xiaomi di Lazada dan juga wakil jualan rasminya di seluruh Malaysia.

Spesifikasi Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro

Redmi Note 10 Pro

Redmi Note 10

Paparan 6.67 inci Super AMOLED 6.43 inci Super AMOLED
FHD+ FHD+
120Hz 60Hz
Cipset Qualcomm Snapdragon 732G Qualcomm Snapdragon 678
GPU Adreno 618 Adreno 612
RAM 6/8GB 4/6GB
Storan 64/128GB 64/128GB
Bateri 5,020mAh 5,000mAh
USB-C USB-C
Pengecasan 33W Pengecasan 33W
Kamera Belakang: Belakang:
Utama 108MP Utama 108MP
Ultra-lebar 8MP Ultra-lebar 8MP
Makro 2MP Makro 2MP
Berkedalaman 2MP Berkedalaman 2MP
Depan: Depan:
16MP 13MP
Bicu audio Ada Ada
Sistem operasi MIUI MIUI
Android 11 Android 11
Warna Kelabu Onyx Kelabu Onyx
Biru Glasier Putih Kerikil
Tembaga Cerun Hijau Tasik
Ukuran dan berat 164 x76.5 x 8.1mm 160.46 x 74.5 x 8.29mm
193g 178.8g

Tinggalkan komentar