Utama Aksesori Jam Tangan Pintar Xiaomi Mi Rabbit Children’s Watch 6X Ultra Custom Edition dilancarkan dengan rekaan...

Xiaomi Mi Rabbit Children’s Watch 6X Ultra Custom Edition dilancarkan dengan rekaan bertemakan Ultraman Cerro

606
0
Mi-Rabbit-Childrens-Watch-6X-Ultra-Custom-Edition-2

Xiaomi telah melancarkan Mi Rabbit Children’s Watch 6X Ultra Custom Edition yang menampilkan ciri rekaan dengan warna merah, biru dan perak bertemakan Ultraman Cerro.

Jam tangan pintar ini menyediakan ciri penjejakan yang membolehkan ibu bapa mengesan lokasi anak-anak yang memakainya. Ia mampu mengesan lokasi dengan tepat dalam bentuk 3D untuk menentukan tingkat berapa anak berkenaan berada jika di dalam bangunan tinggi.

Mi Rabbit Children’s Watch 6X Ultra Custom Edition juga boleh digunakan untuk menbuat panggilan video dan suara melalui sokongan 4G yang ditawarkan.Mi-Rabbit-Childrens-Watch-6X-Ultra-Custom-Edition-1

Jam tangan pintar yang mempunyai skrin retina 1.52-inci beresolusi 360 x 400 piksel ini turut menawarkan 150 muka jam yang boleh dipilih menerusi gedung muka jam yang terbina dalam.

Harga Xiaomi Mi Rabbit Children’s Watch 6X Ultra Custom EditionMi-Rabbit-Childrens-Watch-6X-Ultraman-Custom-Edition

Hadir dengan kapasiti storan 4GB, jam tangan pintar ini juga menyediakan mod senaman untuk kanak-kanak, selain turut menyokong aplikasi borak dan lain-lain seperti Xiao Ai, WeChat, QQ, dan Alipay. Xiaomi Mi Rabbit Children’s Watch 6X Ultra Custom Edition kini mula dijual di China pada harga 799 yuan (~RM521).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.