Utama Komputer Xiaomi Mi Notebook Air (2019) kini dilancarkan secara rasminya

Xiaomi Mi Notebook Air (2019) kini dilancarkan secara rasminya

922
0

Laptop Xiaomi Mi Notebook Air versi 2019 kini dilancarkan secara rasminya di China dan dilaporkan ianya hadir dengan keistimewaan seperti audio Harman Kardon dengan bunyi keliling DTS, pengecasan pantas serta banyak lagi.

Bagi anda yang terlepas dengan Xiaomi Mi Notebook Air sebelum ini, anda mungkin berpeluang untuk memilikinya kali ini sungguhpun ianya hanya ditawarkan di pasaran China setakat ini.

Pada berat 1.09 kg sahaja, laptop ini menawarkan spesifikasi serendah Intel Core m3-8100Y, RAM 4 GB dan storan 128 GB pada harga $500 (lebih kurang RM2,035.80).

Selain model berkenaan, turut ditawarkan pilihan model-model lain yang berbeza dari segi harga dan juga spesifikasinya:

  • Pemprosesan Intel Core m3-8100Y, RAM 4GB, storan 128GB – $536 (lebih kurang RM2,132.38)
  • Pemprosesan Intel Core m3-8100Y, RAM 4GB, storan 256GB – $596 (lebih kurang RM2,426.67
  • Pemprosesan Intel Core i5-8250U, RAM 4GB, storan 256GB – $640 (lebih kurang RM2,605.82)

Kesemua model-model laptop berkenaan menawarkan ciri audio Harman Kardon dengan bunyi keliling DTS. Paparan Full HD 12.5-inci dengan bingkai yang amat tipis, 0.22-inci. Bersama-sama bateri yang masih lagi tidak diumumkan kapasitinya. Cuma dimaklumkan bateri berkenaan mampu dicaskan dari sifar hingga separuh dalam tempoh 35 minit.

Setakat ini masih tidak diketahui sama ada laptop keluaran Xiaomi yang rekaannya mirip dengan MacBook Air ini bakal memasuki pasaran Malaysia. Apa pendapat anda jika laptop keluaran Xiaomi ini memasuki pasaran Malaysia?

Sumber berita diperoleh dari MyDrivers

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.