Utama Mobile Android Xiaomi mula kurangkan pengiklanan dalam MIUI; Wujudkan fungsi mematikan Iklan

Xiaomi mula kurangkan pengiklanan dalam MIUI; Wujudkan fungsi mematikan Iklan

669
0

Antara muka pengguna tersuai Xiaomi – MIUI sebelum ini disambut baik oleh pengguna. Namun, kini ianya berdepan dengan kritikan oleh pengguna sejak beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan oleh paparan iklan-iklan di dalam antara muka berkenaan.

Bagaimanapun, Xiaomi baru-baru ini mengumumkan bahawa pihaknya akan mengoptimasikan dan memantau lebih ketat iklan-iklan yang dipaparkan di dalam platform MIUI. Secara tidak langsung, membayangkan iklan-iklan yang terus kekal di dalamnya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Xiaomi menyataka pihaknya akan membuang iklan yang tidak sesuai dan mengganggu pengalaman penggunaan. Manakala Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Internet Xiaomi pula menyatakan perancangan mengurangkan jumlah iklan di dalam MIUI.

Pengeluar telefon pintar berpangkalan di China ini juga telah mula mengurangkan bilangan tempat pengiklanan dan akan terus mengurangkan secara berperingkat dalam masa yang terdekat ini. Turut diperkenalkan fungsi untuk mematikan iklan melalui tetapan MIUI. Disasarkan bulan akan datang, Xiaomi bakal memperkenalkan MIUI yang lebih ringan dan lancar.

Terdahulu, syarikat telefon pintar berkenaan telah mendedahkan pihaknya merancang untuk menggunakan algoritma yang boleh meningkatkan kadar jangkauan pengiklanan dan juga memastikan bahawa iklan yang dilihat adalah relevan dengan pengguna.

Sumber pendapatan terbesar bagi Xiaomi bagaimanapun majoritinya bergantung pada perniagaan telefon pintarnya. Pendapatan dari perisian dan internetnya sekadar menyumbang hanya 9.7 peratus daripada jumlah pendapatan suku pertama 2019 yang berjumlah 2.1 billion yuan (lebih kurang RM1.25 juta).

Sumber berita diperoleh dari MyDrivers

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.