Sebelum ini Xiaomi dan Leica pernah mengacah pelancaran Xiaomi 13 Ultra sekitar bulan ini. Kini, gergasi teknologi dari China ini akhirnya mengesahkan tarikh rasmi pelancarannya adalah pada 18 April 2023.
Menerusi akaun Twitter rasminya, Xiaomi memaklumkan pihaknya akan mengadakan acara pelancaran tersebut pada jam 7 malam (GMT +8).
Bertemakan “A shot above” acara tersebut bakal menyaksikan Xiaomi 13 Ultra dilancarkan bersama-sama produk-produk Xiaomi lain yang masih lagi belum dinyatakan.
We cordially invite you to the #Xiaomi13UltraLaunchEvent. Xiaomi and @leica_camera, once again, are bringing you new wonders of mobile imaging. 🟠📷🔴
Mark your calendars for #AShotAbove all, April 18th at 19:00 (GMT+8)! pic.twitter.com/a8rY5PGMFJ
— Xiaomi (@Xiaomi) April 12, 2023
Ciapan di dalam Twitter tersebut juga mengetengahkan kolaborasi di antara Xiaomi dan Leica untuk pengimejan telefon pintar tersebut. Selain itu, turut dikongsikan di dalam poster pada ciapan yang sama rekaan bahagian belakang Xiaomi 13 Ultra yang mempunyai modul kamera besar.













