Aplikasi permesejan WhatsApp dilihat sedang melakukan banyak penambahbaikan fungsi di dalamnya sejak kebelakangan ini. Dalam bulan ini sahaja, aplikasi di bawah Meta ini telah pun memperkenalkan fungsi menyorokkan status online, reaksi terhadap mesej menggunakan emoji dan juga menggunakan nota suara sebagai kemaskini status.

Terkini, WABetaInfo melaporkan WhatsApp dijangka bakal memperkenalkan satu lagi ciri baharu iaitu Avatars. Menurut laporan tersbeut, pengguna boleh menggunakan avatar sebagai topeng wajah dalam panggilan video atau menggunakannya sebai pelekat.

Pembangun aplikasi permesejan popular ini juga sedang mengusahakan bahagian baharu di dalam aplikasi bagi tujuan memperkenalkannya menerusi satu tangkapan layar yang dikongsikan.WhatsApp-Avatar

Berdasarkan tangkapan layar tersebut, didapati avatar WhatsApp kelihatan mirip dengan apa yang diperkenalkan di Facebook beberapa tahun lalu. Buat masa ini tidak banyak perincian lain yang dikongsikan mengenai perkara ini. Kemungkinan besar ia akan mengambil konsep sedia ada yang telah diperkenalkan di Facebook.

Tinggalkan komentar