Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengurangan jumlah kenderaan di atas jalan raya adalah sesuatu yang sudah dijangkakan.

Menurut perangkaan yang diperoleh dari Waze, pemanduan rakyat Malaysia kini 80% kurang kilometer berbanding purata pada Februari lalu, iaitu sebelum PKP dilaksanakan.

Pengurangan ini turut juga berlaku di seluruh dunia berdasarkan dapatan angka dari Waze. Malah, pengurangan jumlah pemanduan di Malaysia menunjukkan pengurangan yang ketara berbanding purata global yang mencatatkan pengurangan kilometer sekitar 60%.

Bagaimanapun, pastinya pengurangan ini tidak bermakna tiada langsung kenderaan di atas jalan raya. Kenderaan-kenderaan yang mempunyai urusan penting seperti petugas barisan hadapan, pekerja perkhidmatan penting, dan wakil keluarga keluarga mendapatkan barangan keperluan, masih lagi perlu bergerak.

Buat masa ini Waze sedang menambahkan lagi maklumat terperinci di dalam aplikasinya seperti penutupan jalan, kawasan zon merah dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan wbaak COVID-19. Selain itu, Waze juga turut akan memasukkan maklumat lokasi pusat pengujian dan pusat agihan bantuan kecemasan dari kerajaan.

Bagi anda yang mendapatkan data yang telah diperoleh dari Waze ini dengan lebih terperinci, anda boleh pergi ke hantaran yang dikongsikan oleh Waze melalui Medium.

Tinggalkan komentar