Perkembangan pembangunan uTorrent mungkin dilihat agak sunyi, namun satu perubahan besar bakal berlaku tidak lama lagi. Pencipta BitTorrent Bram Cohen mendedahkan rancangan untuk mengalihkan dari platform dari berasaskan client kepada berasaskan web dan juga meningkatkan mutu penstriman.

uTorrent dikenali sebagai salah satu client BitTorrent yang paling popular. Bagaimanapun, proses pembangunannya agak terganggu selama disebabkan masalah pada pengurusan BitTorrent Inc. Cuma lewat kebelakangan ini sahaja keadaan mula beransur pulih.

Pendapatan uTorrent kebanyakannya disumbangkan oleh pengiklanan dan usaha penambahbaikan ini termasuk pada kualiti penstriman dijangka mampu menarik lebih banyak sumber pendapatan syarikat.

Bram Cohen turut menyatakan uTorrent beasaskan pelayar web akan diterbitkan secara berperingkat bagi mendapatkan maklum balas dari para pengguna. Hal ini penting bagi memastikan kepuasan pelanggan selain untuk meraih semula kepercayaan dari pengguna-pengguna setia perkhidmatan ini.

Sumber berita diperoleh dari TorrentFreak

Tinggalkan komentar