Telekom Malaysia (TM) telah melancarkan platform dan aplikasi pentstriman Unifi TV yang telah ditambahbaik dan kini buat pertama kalinya boleh diakses oleh seluruh rakyat Malaysia.
Perkhidmatan yang sebelum ini hanya eksklusif untuk pelanggan jalur lebar Unifi sahaja telah membuka akses kepada semua pengguna dengan langganan tanpa kontrak bermula dari RM8 sebulan.
Bagi meraikan pelancarannya, TM sedang menawarkan akses percuma 30 hari ke Unifi TV. Anda akan menerima akses percuma ke 15 perkhidmatan penstriman meliputi Disney+ Hotstar, HBO Max, Viu dan iQiyi, serta 73 saluran premium. Untuk anda yang tidak melanggan Unifi, anda ditawarkan akses percuma ke 19 saluran premium di sepanjang tempoh percubaan ini.
Platform baharu yang ditambahbaik ini mengambil pendekatan fleksibel melalui “pilih dan campur” dengan menawarkan cadangan diperibadikan dan carian universal merentasi kesemua perkhidmatan yang dilanggan. Penonton juga boleh mewujudkan senarai tontonan di seluruh platform, serta boleh menyelaraskan segera tontonan antara kotak TV, telefon pintar, tablet dan televisyen pintar.
Bagi anda yang berminat boleh memuat turun aplikasi Unifi TV 2.0 melalui aplikasi Google Play Store dan Apple App Store. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi TM.