Telekom Malaysia (TM) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan berkenaan ujian percubaan 5G dengan Digital Nasional Berhad (DNB).

Menjelang pelancaran komersil 5G, pelanggan pascabayar Unifi Mobile dengan peranti 5G yang serasi akan menerima akses perkhidmatan berkenaan di kawasan-kawasan terpilih di sekitar Lembah Klang.

Technology and digital connectivity have become a necessity in today’s ecosystem. With the rollout of 5G, it will further advance value creation for consumers, micro-SMEs and corporate businesses.

TM will be conducting 5G trials with DNB to optimise the services. During this pilot trial, unifi mobile postpaid customers with certified 5G devices will be able to experience 5G services in selected areas within Kuala Lumpur, Putrajaya and Cyberjaya.

We will continue to support the Government’s aspiration to deliver 5G for the nation and accelerate society, businesses and industry’s leap towards a Digital Malaysia.

-Telekom Malaysia

DNB merupakan syarikat tujuan khas milik kerajaan yang diberikan tanggungjawab membina rangkaian 5G di Malaysia. Spektrum 5G yang merangkumi 700MHz, 3.5GHz dan 26/28GHz akan ditetapkan hanya kepada DNB sahaja.

Melaluinya, akses 5G akan disediakan kepada syarikat-syarikat 5G menerusi perjanjian secara pukal. Buat masa ini, syarikat-syarikat telekomunikasi dilihat masih lagi belum mengesahkan menandatangani perjanjian tersebut dengan DNB.

Menerusi sidang media oleh DNB Jumaat lalu, perjanjian 5G bersama-sama syarikat-syarikat telekomunikasi berkenaan disasar akan dapat dimeterai menjelang penghujung Mac 2022.

Pelanggan bakal menikmati akses 5G tidak berapa lama lagi

Walaubagaimanapun, pelanggan dijangka akan dapat menikmati perkhidmatan rangkaian 5G pada hujung bulan ini. Syarikat-syarikat telekomunikasi hanya dapat menandatangani selepas reference access order (RAO) dimuktamadkan.

DNB dilihat membenarkan syarikat-syarikat telekomunikasi menawarkan ujian pengguna 5G kepada pelanggan-pelanggannya yang terpilih sebelum persetujuan secara komersil tersebut dicapai.

Ketika perkhidmatan 5G secara komersil mula dilancarkan di Singapura dahulu, syarikat telekomunikasinya seperti StarHub dan Singtel menawarkan akses 5G secara percuma kepada pelanggan-pelanggan yang terpilih melalui peranti 5G yang bersesuaian.

Terdapat kemungkinan syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia seperti TM, Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, dan YTL menawarkan perkhidmatan seperti ujian 5G percuma pada bulan ini. Dijangkakan, TM akan memberikan perincian lanjut mengenai ujian pengguna 5G Unifi Mobile tidak berapa lama lagi.

Dari segi liputan, DNB mensasarkan untuk menempatkan 500 tapak di sekitar Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur menjelang akhir 2021. Pada 2022 kelak, sebanyak 40% penduduk akan dapat menerima liputan 5G melalui 4,018 tapak di sekitar Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.

DNB juga mensasarkan untuk mencapai tahap penerimaan liputan kepada sehingga 80% penduduk menjelang 2024 melalui lebih dari 7,500 tapak.

Tinggalkan komentar