Bersempena ulang tahun ke-12, Tune Talk telah memperkenalkan Hi-Value Pack baharu yang menawarkan lebih banyak data berkelajuan tinggi pada harga yang lebih rendah.
Pek prabayar baharu ini bermula dari RM 25 sebulan dengan kos data bersamanya yang bernilai RM 1 bagi setiap GB.
Tune Talk Hi-Value Prepaid Pack
Untuk pengguna santai-santai, pelan asas Tune Talk Hi-25 ini berharga RM 25 sebulan dan anda akan mendapat data berkelajuan tinggi 25GB bersama-sama panggilan tanpa had di dalam rangkaian Tune Talk. Anda juga diberikan data hotspot 25GB sepanjang tempoh sebulan tersebut.
Jika anda inginkan lebih data, Tune Talk juga menawarkan pelan Hi-35 berharga RM 35 sebulan yang juga dikenali sebagai pilihan “Ngam-ngam”. Pelan ini juga didatangkan dengan data berkelajuan tinggi 35GB dan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian. Anda juga diberikan kuota data hotspot sebanyak 35GB.
Tidak dinyatakan berapakah had kelajuan yang ditetapkan bagi kedua-dua pilihan Hi Value ini. Bagi anda yang telah kehabisan kuota penggunaan data pelan ini, anda masih lagi boleh menggunakan Internet Asas Percuma 10GB. Bagaimanapun, had kelajuannya adalah pada 64kbps sahaja. Anda boleh menambah semula kuota data berkelajuan tinggi ini dengan membeli booster 1.5GB untuk RM 3 atau 10GB untuk RM 10.
Untuk pilihan Hi-35 ini, pada asalnya pelan ini didatangkan dengan kuota sebanyak 30GB sahaja. Namun menurut laman terma dan syaratnya, tambahan kuota 5GB ini diberikan bersempena tempoh promosinya yang bermula 24 Ogos ini sehingga 7 November 2021.
Tune Unlimited
Tune Talk masih lagi menawarkan pelan Data Tanpa Had dengan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaiannya untuk RM 48 sebulan.
Pelan ini masih lagi mempunyai had kelajuan pada 6Mbps dengan Polisi Penggunaan Saksama sehingga 100GB. Turut disertakan pada pelan berkenaan ialah data 5GB untuk hotspot.
Call 20
Bagi anda yang sedang mencari talian prabayar murah untuk membuat panggilan suara tanpa had ke seluruh rangkaian, Tune Talk menawarkan pelan Call 20 pada harga RM 20 sebulan. Pelan ini merangkumi data berkelajuan tinggi 3GB dan yang juga boleh digunakan untuk hotspot. Aplikasi seperti WhatsApp dan WeChat tidak dikenakan kuota had data penggunaan berkenaan dan boleh digunakan tanpa had.
Layari laman Tune Talk untuk maklumat lanjut.














tq, good info…saya pengguna tunetalk hi35, plan sangat berpatutan. sesuai untuk semua golongan.