KUALA LUMPUR 2 Nov – Travelwalla secara rasminya telah dilancarkan baru-baru ini dan ia menjadi perkhidmatan rakan percutian dalam talian pertama di Malaysia. Dibangunkan oleh anak watan, platform berasaskan langganan ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari RM21 juta dalam bentuk nilai kontrak hartanah yang disenaraikan di laman webnya selepas seminggu halaman ‘Become a Partner’ dilancarkan.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengasasnya, Mohammed Amin Mohammed Sidek berkata, syarikatnya mensasarkan untuk menjadi platform tempahan percutian yang dominan di Malaysia.
“Matlamat kami ialah mencapai 25 peratus daripada bahagian pasaran dalam platform tempahan dalam talian di Malaysia dan percaya ia boleh dicapai dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya pada taklimat media mengenai pelancaran laman web itu di Petaling Jaya hari ini.
Travelwalla juga dikatakan akan memiliki inventori lebih 60,000 hartanah di dalam laman web yang dikendalikannya.
““Bagi setiap tempahan yang dilengkapkan, Travelwalla menyimpan 12 peratus daripada harga jualan, sehingga jumlah yang disimpan mencapai harga langganan tahunan yang dipersetujui. Model ini, yang pertama dengan konsep sedemikian, akan menyaksikan penjimatan oleh hotel sebanyak 90 peratus komisen yang dibayar kepada ejen percutian dalam talian (OTA) antarabangsa,” katanya.
Platform Travelwalla berhasrat untuk menjadi perintis kepada tren percutian baharu ini yang akan memperkasakan rakan industri percutian disamping memberikan lebih kemudahan kepada pengguna.
Melalui integrasi dengan pengurus saluran besar seperti platform peneraju teknologi percutian RateGain menerusi DHISCO Switch, Travelwalla dikatakan mampu mewujudkan daya penggerak untuk saling berhubung kait dengan rangkaian hotel-hotel utama global.
“Bagi setiap tempahan yang dilengkapkan, Travelwalla menyimpan 12 peratus daripada harga jualan, sehingga jumlah yang disimpan mencapai harga langganan tahunan yang dipersetujui.
Integrasi tambahan dengan pengurus saluran global juga kini sedang dirancang bagi memperluaskan lagi penawaran terhadap pengguna.
“Bagi setiap tempahan yang dilengkapkan, Travelwalla menyimpan 12 peratus daripada harga jualan, sehingga jumlah yang disimpan mencapai harga langganan tahunan yang dipersetujui.
Anda yang berminat untuk menyertai dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Travelwalla, sila emailkan kepada ambitions@travelwalla.com. Atau layari https://travelwalla.com













