Kaedah pembayaran tol menggunakan teknologi Pengenalpastian Frekuensi Radio (radio frequency identification, RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) telah mula dilaksanakan.
Pengguna mula menerima pilihan pembayaran ini sejak jam 10 malam, 15 Januari di lorong khusus RFID di sepanjang Lebuhraya PLUS dari plaza tol Juru di Pulau Pinang hingga plaza tol Skudai, Johor.
PLUS di dalam kenyataannya pda Khamis lalu menyataka sekurang-kurangnya satu lorong RFID akan disediakan di kesemua 83 plaza tol di lauan sepanjang 657.5km berkenaan.
Kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang sehingga kini.
Pelekat RFID Touch ‘n Go juga telah mula dijual pada harga RM35 seunit di pusat-pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara dan juga secara dalam talian.