Salah satu perkara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada Bajet 2017 Oktober tahun lalu adalah berkenaan peningkatan kelajuan jalur lebar oleh penyedia perkhidmatan pada harga yang sama bermula Januari 2017.
Kini, TM telah menyahut seruan berkenaan dengan menawarkan peningkatan kelajuan untuk perkhidmatan UniFi, Streamyx dan TM Homeline tanpa melibatkan penambahan kos melalui promosi ‘Thank You Suprise’.
Untuk mendapatkan peningkatan kelajuan ini, pengguna dikehendaki melengkapkan borang pada pautan ini.
Peningkatan yang diberikan adalah berdasarkan pakej semasa yang dilanggan oleh pengguna. Misalnya, pelanggan pakej Unifi VIP 5 akan ditawarkan peningkatan ke pakej Unifi VIP 10. Begitulah seterusnya untuk pelanggan Unifi Advance 30 akan layak untuk meningkatkan ke pakej Unifi Advance 50. Manakala pelanggan Unifi Advance 50 akan dipertingkatkan kelajuannya kepada Unifi PRO 100. Kesemua peningkatan pakej-pakej ini adalah percuma.
Bagaimanapun, peningkatan kelajuan ini tidak dapat dirasai serta merta memandangkan TM akan mengimplementasikannya secara berperingkat mengikut kawasan.
Sumber berita diperoleh dari TM














wahh baguslah