Disember lalu, Nokia pernah mengumumkan untuk kembali ke arena telefon pintar sekitar tahun 2017 ini dengan kali ini menggunakan sistem operasi Android. Syarikat berkenaan turut mengesahkan akan melancarkan Nokia 6 tahun ini. Cuma, apa yang tak bestnya adalah ia hanya terhad untuk pasaran China sahaja.
HMD Global, syarikat yang diasaskan di Finland bagi membangunkan telefon di bawah jenama Nokia, telah dipetik dalam satu kenyataan media bahawa telefon pintar berkenaan hanya akan hadir ke China melalui peruncit JD.com. Ia dijangkakan boleh didapati seawal tahun 2017. Bagaimanapun, di dalam kenyataan media berkenaan tidak dinyatakan sama ada Nokia 6 bakal menjadi ‘buah mula’ untuk syarikat tersebut.
Syarikat berkenaan turut menggariskan secara ringkas berkenaan peranti yang akan dilancarkan tersebut. Antaranya, ia bakal dibina menggunakan kerangka aluminium, paparan menggunakan skrin Gorilla Glass 2.5D, pemproses Qualcomm Snapdragon 430 dan modem LTE X6.
Nokia 6 juga dijangkakan memiliki RAM 4GB dan storan dalaman sehingga 64GB. Serta menggunakan sistem operasi Android Nougat. Ia juga dilengkapi dengan kamera belakang 16MP dan kamera hadapan 8MP. Ia bakal dijual pada 1699 Yuan (lebih kurang RM1099)
Sumber berita diperoleh dari HMD Global














wahhhh spesifikasi bagus gak