Home Komputer Cara baiki masalah “TaskSchedulerHelper.dll Not Found” Windows 10

Cara baiki masalah “TaskSchedulerHelper.dll Not Found” Windows 10

Ketika PC Windows 10 mula dihidupkan, kadangkala anda mungkin berhadapan dengan ralat "There was a problem starting TaskSchedulerHelper.dll. The specified module could not be found.”

114
0

Sewaktu PC Windows 10 anda mula dihidupkan, kadangkala anda mungkin berhadapan dengan ralat kehilangan “Task Scheduler”.

Anda akan menerima notifikasi yang menyatakan: “There was a problem starting TaskSchedulerHelper.dll. The specified module could not be found.

Masalah ini boleh terjadi apabila anda tersilap langkah ketika menaik taraf sistem operasi anda atau pada pemacu (driver) perkakasan. Ikuti langkah berikut untuk membaiki masalah “TaskSchedulerHelper.dll Not Found” dalam Windows 10.

Nota: Anda mungkin pernah mendapatkan fail-fail DLL atas talian untuk tujuan membaiki sistem komputer anda. Namun, anda dinasihatkan supaya tidak sesekali memuat turun fail DLL dari sumber tidak rasmi selain dari Microsoft atas tujuan keselamatan.

Periksa sama ada Task Scheduler sedang berjalan

Terdapat beberapa bentuk notifikasi ralat Task Scheduler yang dipaparkan bergantung pada keadaan. Antaranya termasuklah;

  • TaskSchedulerHelper.dll is missing
  • specified module could not be found
  • error loading
  • access violation

Notifikasi ini tertera sebaik anda memulakan PC kerana masalah entri pada Task Scheduler Windows 10 berpunca dari masalah kemaskini driver.

Task Scheduler berfungsi untuk mewujudkan dan mengemaskini tugasan-tugasan yang perlu dilakukan oleh PC anda sewaktu ianya dimulakan. Tugasan ini dikhususkan pada sesebuah program dan disimpan di pelbagai folder di dalam pustaka Task Scheduler.

Apa yang anda perlu lakukan untuk mencari punca masalah ini adalah membuat semakan sama ada Task Scheduler anda berfungsi atau tidak. Untuk itu, pergi ke kotak carian Windows 10 dan taipkan services.msc. Seterusnya, tatal sehingga ke bawah untuk menyemak entri Task Scheduler sama ada ianya sedang berfungsi atau tidak.

Jika dilihat tidak dihidupkan (Not Running), anda perlu melakukan imbasan sistem melalui command prompt dengan memasukkan baris arahan berikut;

sfc/scannow

Sebarang ralat pada sistem sepatutnya boleh dibaiki dengan memulakan semula (restart) Task Scheduler.

Penyelesaian masalah “TaskSchedulerHelper.dll Not Found”

Melalui laman rasmi Microsoft, anda boleh memuat turun sebuah fail mampatan (zip file) Autorun. Nyahmampatkan (unzip) fail tersebut dan buka fail yang bernama Autoruns64.exe (Run as Administrator).

Selepas dibuka, pergi ke tab “Scheduled Tasks”. Pada tab berkenaan, carikan bahagian “Task Scheduler” dan lihat fail-fail di dalamnya. Perhatikan dengan teliti pada kolum keterangan (description) dan lihat jika ada yang berkaitan dengan terma “Task Scheduler”.

Untuk contoh ini, kita dapat melihat masalah ini berpunca dari Auslogics\Driver yang pada keterangannya menyatakan “File not Found: TaskScheduler…”.

Seterusnya, anda nyahtandakan (untick) pada fail tersebut dan ini sepatutnya menghilangkan notis “TaskSchedulerHelper.dll” yang terpacul sebaik sahaja PC Windows 10 anda dimulakan. Anda boleh melakukan mengujinya dengan restart PC anda.

Jika masalah tersebut masih lagi berlaku, pergi ke langkah berikutnya.

Buangkan semua jejak fail-fail yang korup

Jika anda tidak mahu melihat notifikasi ralat berkenaan muncul lagi, anda perlu menghilangkannya terus dari folder fail DLL tersebut ditempatkan. Untuk melakukannya, buka “Task Scheduler” sekali lagi dengan menaipkan “task scheduler” dari kotak carian dan bukakannya sebagai Administrator (Run as Administrator).

Pilih fail di mana ralat tersebut berpunca (untuk contoh ini tadi, folder Auslogic) dan seterusnya padamkan.

Untuk mengesahkannya, buka command prompt dan taipkan sfc/scannow . Selanjutnya, proses verifikasi akan menunjukkan 100% jika tiada sebarang masalah timbul.

Masalah “TaskSchedulerHelper.dll not found” pada Windows 10 memang agak menjengkelkan. Namun ianya bukanlah masalah besar yang mengganggu tugasan-tugasan lain dan tidak boleh diperbaiki.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.