Semalam terdapat laporan yang mengatakan Melaka sedang merancang untuk membuka Disneyland dan Disney City. Laporan mengenai rancangan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh pihak Disney sendiri.

Wartawan CNN Heather Chen telah mengesahkan laporan tersebut dengan pihak Disney bahawa tiada sebarang perancangan untuk mewujudkan sebarang taman tema di Melaka buat masa ini.

Justeru, rancangan untuk mendirikan sebuah taman bertemakan Disney di Jasin, Melaka tidak akan dapat direalisasikan buat masa ini.

Sebelum ini beberapa media tempatan melaporkan mengenai rancangan untuk mendirikan taman bertemakan Disney di negeri bersejarah tersebut. Terdapat sebuah video di Youtube Melaka TV dengan aset visual animasi yang langsung tidak menunjukkan watak-watak animasi Disney seperti Mickey and Minnie Mouse, Donald Duck, dan Goofy.

Hanya watak animasi Minion (copy ori) yang kelihatan di dalam video tersebut. Untuk makluman anda, Minion merupakan watak dari studio Illumination Entertainment, salah sebuah anak syarikat Universal Pictures.Disneyland Jasin Melaka Minion

Pun begitu, wartawan dari CNN Heather Chen menjelaskan terdapat sedikit kekeliruan berkenaan kenyataan yang dipetik dari Exco Pelancongan, Warisan dan Budaya yang menyebabkan terdapat pihak yang tersalah anggap mengenai kemungkinan taman tema popular tersebut akan di bina.

Buat anda yang sudah mula berangan untuk berkunjung ke Disneyland Melaka nanti, sebaiknya anda mungkin perlu pendamkan dahulu hasrat tersebut. Bak kata Elsa dari Frozen, “Let it Go!”

Tinggalkan komentar