Utama Pengangkutan Awam Stesen MRT TRX kini dikenali sebagai Stesen MRT TRX Samsung Galaxy

Stesen MRT TRX kini dikenali sebagai Stesen MRT TRX Samsung Galaxy

346
0

Hasil kerjasama unik di antara Samsung Malaysia dengan Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah membawakan penjenamaan semula Stesen MRT TRX kepada Stesen MRT TRX Samsung Galaxy.

Sesuai dengan namanya, stesen yang terletak di Tun Razak Exchange Kuala Lumpur ini mengetengahkan jenama Samsung untuk hiasan dalamannya. Kerjasama dengan Samsung Malaysia ini juga diperluaskan ke 29 buah stesen bagi memperkasakan jenama gergasi elektronik Korea Selatan di rantau ini.

Stesen MRT TRX Samsung Galaxy turut berperanan sebagai stesen pertukaran di antara laluan MRT Putrajaya dengan laluan MRT Kajang. Selain itu, stesen ini juga menempatkan akses terus ke The Exchange TRX dan Apple Store yang dijangka akan dibuka tidak lama lagi.

Bersempena pengumuman penjenamaan semula stesen MRT berkenaan, pengguna Samsung Galaxy boleh menebus kredit TNG eWallet sebanyak bernilai RM5 menerusi aplikasi Samsung Members.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.