Intel kini sedang melakukan persiapan untuk melancarkan pemprosesan Generasi Kesembilannya yang dijangka bakal diadakan sekitar Ogos dan September. Walaubagaimanapun, maklumat terbaru berkenaan pemprosesan peringkat mercu ini, Core i9-9900K, Core i7-9700K, dan Core i5-9600K telah mula muncul di internet.

Menurut sumber berkenaan, i9-9900K akan dipasarkan untuk pengguna PC biasa melalui penggunaan chipset Z390. Pemprosesan ini bakal didatangkan dengan 8-teras, 16 susun atur bebenang dan cache 16MB dengan harapan menyaingi keupayaan AMD Ryzen 2700X. Melengkapkan lagi keistimewaan pemprosesan ini, ia mampu dipertingkatkan kelajuan klok sehingga 5GHz, dengan TDP hanya pada 95W sahaja.

Dari segi kelajuan klok, Core i7-9700K ditetapkan kelajuan klok pada 3.6GHz dan kelajuan dipertingkatkannya ditetapkan pada 4.9GHz, manakala Core i5-9600K kelajuan klok dan kelajuan dipertingkatkannya pula ditetapkan pada masing-masing, 3.7GHz dan 4.6GHz. Sama seperti Core i9-9900K, kedua-dua pemprosesan Core i7 dan Core i5 Generasi Kesembilan ini mempunyai TDP pada kadar 95W.

Ketiga-tiga CPU ini masih lagi dibina berdasarkan senibina Intel Generasi Kelapan Coffee Lake dan seperti yang dinyatakan tadi, bakal dilancarkan bersama-sama chipset Z390. Papan induk yang dibina berasaskan chipset Z390 dijangka menawarkan sedikit peningkatan dari chipset sedia ada Z370 melalui pengenalan fungsi baru seperti sokongan Bluetooth 5.0, USB 3.1, dan Wireless-AC.

Sumber berita diperoleh dari ComputerBase

Tinggalkan komentar