Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) sedang mempertimbangkan penggunaan sistem ‘kad pemandu’ untuk pemandu aplikasi perkongsian kenderaan seperti Uber dan GrabCar. Penggunaan kad ini membolehkan pemandu-pemandu beroperasi dengan sah di sisi undang-undang tanpa perlu memohon lesen teksi.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar menyatakan bahawa sebuah jawatankuasa akan mengkaji cadangan tersebut sebelum mengambil langkah seterusnya.
Sistem ‘kad pemandu’ yang dicadangkan ini akan wujud bersama-sama lesen pengendali perkhidmatan kenderaan awam. Walaubagaimanapun, agensi berkenaan masih lagi belum dapat memastikan bagaimana kedua-duanya akan diimplementasikan.
“It will take some time to implement this new system because new laws and legal changes will have to be applied in adjusting the system for Grabcar, Uber and normal taxi drivers,” ujar beliau kepada akhbar The Star.
SPAD selama ini sedang mengusahakan untuk mengawal selia dan cara bagaimana untuk menjadikan perkhidmatan perkongsian kenderaan melalui aplikasi ini sah di sisi undang-undang.
Terdahulu, jawatankuasa bertindak berkenaan telah menyatakan untuk membentangkan usul berkenaan di Parlimen menjelang akhir tahun ini.
Antara perkara yang perlu diambil kira oleh SPAD dalam merangka kelulusan penggunaan aplikasi perkongsian kenderaan ini adalah mempertimbangkan kesan terhadap industri teksi di Malaysia. Pemandu-pemandu teksi berasa kurang senang dengan kehadiran pemandu-pemandu aplikasi perkongsian kenderaan ini dan telah melakukan beberapa siri protes bagi menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini.
-Sumber berita diperoleh dari The Star, Imej diperoleh dari SPAD News














Semoga ada penambahbaikan untuk kepentingan pemandu bersama 🙂