Utama Teknologi Permainan Sony Playstation 4 akan diturunkan harga 1 Oktober ini

Sony Playstation 4 akan diturunkan harga 1 Oktober ini

840
0

Pameran permainan elektronik Sony, Tokyo Game Show (TGS) 2015 hadir bersama-sama pengumuman penting berkenaan hal-ehwal dunia permainan elektronik, terutamanya konsol. Antara yang menarik dilaporkan adalah berkenaan penurunan harga bagi permainan konsol dari Sony, Playstation 4 (PS4)

Ketika ini, harga jualan Playstation 4 di Malaysia adalah pada RM 1,799 dan menjelang 1 Oktober kelak, harga bagi Playsstation 4 500 GB dijangka akan dijual pada harga RM 1,599. Turun sebanyak RM 200 berbanding harga jualannya yang terdahulu.

Penurunan harga ini melibatkan kesemua model Playstation 4 termasuk model CUH-1106A dan juga model versi bajet CUH-1206A.

Sony turut bakal memperkenalkan PS4 dengan kapasiti storan sehingga 1TB pada 23 Oktober 2015 nanti. PS4 model terbaru ini dibina berdasarkan model siri CUH-1200 dan dijangkakan ianya dijual pada harga yang lebih tinggi dari harga jualan model CUH-1106A sekarang ini. Sehingga kini, pihak Sony masih belum memaklumkan tentang warna-warna model tersebut yang bakal ditawarkan kepada pengguna.PS4 and Stuff

Konsol PS4 turut hadir akan hadir bersama ke pasaran dengan versi edisi terhadnya bersempena pelancaran judul permainan Star Wars Battlefront. Dijangkakan ia bakal hadir pada 17 November 2015 bersempena tarikh pelancaran Star Wars Battlefront.PS4 Battlefront Bundle

Selain dari tumpuan terhadap permainan konsol, Sony turut memberikan beberapa info berkenaan perkembangan terkini permainan konsol mudah alihnya Playstation Vita. Ia akan hadir dengan tiga warna pilihan yang baru, Aqua Blue, Glacier White and Neon Orange.PSVita 4 Warna

Turut dihebahkan sepanjang sidang media Tokyo Game Show (TGS) 2015, Sony telah mendedahkan nama muktamad bagi Project Morpheus, Playstation VR. Sony bakal mengimplementasikan penggunaan teknologi realiti maya ke dalam konsol permainan keluarannya melalaui Playstation VR.

Sumber berita diperoleh dari IGN

Tinggalkan komentar